TIGA JODOH- Novel Kedua untuk tahun 2017

Teratak pena | Wednesday, July 19, 2017 | 1 Comments



Bertemu kembali....

Al-hamdulillah... Syukur kepada ALLAH.

Novel kedua untuk tahun ini yang bertajuk TIGA JODOH sudah pun diterbitkan di bawah terbitan Cute Publication.

Seperti entri sebelum ini, Cik Siti nak share macam mana Cik Siti dapat ilham dari TIGA JODOH ni kan?  Ilhamnya cuma satu.  Cik Siti dan adik-adik Cik Siti.  Adik-beradik Cik Siti ada tiga orang dan semuanya perempuan.  Sama seperti di dalam cerita TIGA JODOH, kami dijaga oleh bonda Cik Siti keseorangan.( Ibu tunggal).

Watak Hero?  Pun berkisar kehidupan Cik Siti.  Hero pertama: Doktor... Cik Siti garapkan dari arwah ayah yang bekerja sebagai pembantu perubatan.

Hero kedua: Cik Siti garapkan dari kerja dinda Cik Siti sebelum ini.  Dia pernah bekerja dalam pembinaan kapal terbang.

Hero ketiga:  Dari adinda Cik Siti yang bongsu yang bekerja di Bursa Saham.  Jadi, Cik Siti godak, campur ramuan sana sini maka terhasillah TIGA JODOH.  Nak tahu cerita dan teaser?  bolehlah melawat blog TERATAK PENA.

Walau bagaimana pun..... terima kasih yang tidak terhingga kepada CUTE PUBLICATION kerana memberi peluang untuk menjadi sebahagian ahli CUTE PUBLICATION.

Jom!  Pre order TIGA JODOH sudah dibuka.  Jom pakat beli

Rezeki Allah

Teratak pena | Wednesday, July 19, 2017 | 3 Comments so far
Selamat Malam Semuanya...

Firstly, nak ucapkan jutaan terima kasih masih yang masih sudi bertandang di teratak ni.  Cik Siti yakin dengan rezeki Allah.  Mungkin Cik Siti tidak dapat rezeki yang diharapkan kerana Allah dah pilih rezeki lain untuk Cik Siti.  Mungkin dengan berkat kesabaran dan juga mungkin kerana Cik Siti percaya dengan rezeki Allah.

Tahun ni, Cik Siti menghadiri dua buah temuduga.  Mungkin sudah tertulis sudah bukan rezeki Cik Siti, Cik Siti redha dan tipulah kalau kata Cik Siti tidak berputus asa.  Namun apa yang pasti Cik Siti teruskan juga kehidupan yang sedia ada tanpa Cik Siti sedar, Allah nak berikan rezeki yang lagi besar untuk Cik Siti.

Bulan Februari hari tu, Novel CINTA KAU DI MANA sudah pun diterbitkan di bawah KAKI NOVEL.  Rasa gembira dan terharu silih berganti.  Rasa macam tak percaya pun ada.  Rasa seperti dalam mimpi bila dapat pegang novel sendiri.

Yang paling mengharukan, sokongan dari semua keluarga, saudara dan pembaca yang telah memberikan Cik Siti satu semangat untuk saya terus menulis.  Kemudian, Cik Siti beranikan diri untuk menghantar manuskrip baru kepada penerbit lain.  Al-hamdulillah.... kegagalan temuduga kenaikan pangkat Allah membalas rezeki yang lain.

Manuskrip Cik Siti diterima oleh Cute Publication dan setuju untuk menerbitkan satu novel Cik Siti.  Sungguh Cik Siti tidak menyangka kerana ianya ibaratkan sebagai satu mimpi.  Bulan ini (JULAI 2017) adalah bulan dengan penuh kesyukuran kerana Novel kedua untuk tahun ini telah diterbitkan.  TIGA JODOH adalah sebuah naskah yang memberi makna kepada Cik Siti.

Nak tahu dari mana dapat Ilham dengan tajuk TIGA JODOH ni?  Adik-beradik Cik Siti.   Nak tahu lagi? tunggu next sembang.

CUSOON


Hati Merintih Tiada Siapa Yang Tahu

Teratak pena | Friday, June 30, 2017 | Be the first to comment!
Salam Syawal Semua....

Dah lama sangat tak singgah teratak Bayu Kenangan ni.  Kalau tuan tanah kedaung susah nak jejak rumah, apalagi yang tetamu yang singgah.  Rindu memanglah rindu... tapi itulah, sibuk memanjang.  Sekarang ni sibuk menyiapkan mss novel yang baru.  hurm... sebenarnya sekarang ni mood dah kelaut.  Nak menaip dah tak ada idea dan sekarang mood tengah down sangat.  Sebab itu idea ni entah hilang ke mana.

Sebab apa, rasa macam diri ini macam hina sangat.  Rasa macam nak menangis pun ada, rasa sedih pun ada, nak marah pun ada, semua ada.

Aku rasa mood nak bekerja macam dah tak macam dulu.  rasa macam hati ni kena ramas macam hampas kelapa.  Apabila kita menolong orang, dan orang yang kita tolong buat tak tahu, terima kasih pun tidak, agak-agaknya apa yang dirasa?  fikiran aku satu saja.  Mungkin bagus untuk aku mengetahui semua kerja.  tetapi fahamilah.  aku bukan robot dan aku bukan komputer yang boleh sumbat semuanya.  Sedangkan komputer pun ada tempat simpanan dan ada quotanya.  Apalagi aku yang bernama manusia.

walau pun raya, tapi hati ni rasa sedih yang amat sangat.  Aku tahu, masih ada harapan untuk aku

JADUAL PENULIS KAKI NOVEL UNTUK PBAKL 2017

Teratak pena | Sunday, April 23, 2017 | Be the first to comment!

Salam readers....

Lama sangat tak coretkan sesuatu di dalam teratak ni... Minta maaf banyak-banyak.  BZ melanda sejak dua menjak ni.  Alahai.. BZ lah sangat.  Okey, kepada sesiapa yang berkelapangan, boleh terjah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang kembali bersiaran di PWTC.  Yeha....

Untuk makluman, saya akan berada di sana pada 30 April 2017 dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang.  Kalau nak berjumpa dengan penulis lain, bolehlah refer jadual yang telah diberikan.

Perasaan?  Gementar yang amat sangat  Rasa macam kecil aje, sebab ramai lagi penulis terkenal dan popular.  Bersama-sama dengan penulis hebat membuatkan saya takut.  Diharap segalanya berjalan dengan lancar.

Kepada peminat novel, rasanya inilah yang dinantikan.  Bukan sahaja dapat berjumpa dengan penulis kegemaran, apa yang penting dapat mendapatkan naskah dengan harga yang berpatutan dan murah.  Apa lagi... jom serbu!

Novel: Cinta Kau Di Mana - Kaki Novel (Keluaran Februari 2017)

Teratak pena | Tuesday, January 17, 2017 | Be the first to comment!

Assalamualaikum Semua....

Al-hamdulillah... Novel Cinta Kau Di Mana telah diterbitkan untuk keluaran Februari 2017.  Jatuh bangun akhirnya manuskrip telah dibukukan.  

Kepada yang telah memberi sokongan terima kasih banyak diucapkan.  Jika tiada semangat dari semua mungkin saya tidak dapat menghasilkan novel ini.  

Jom layan sinopsis novel ini:

LAYAN SINOPSIS~~
“Okey, kalau itu yang Su putuskan jadi hubungan kita juga putus.” – Zahid.
Kata-kata itu membuatkan Suraya sedih apabila kekasih hati tidak mempercayai dirinya. Hanya kerana dia ingin menjadi rezeki di bandar, akhirnya perpisahan terjadi di antara Suraya dan Zahid. Suraya akur walaupun hatinya dihiris pilu.
“Abang akan bahagiakan Su sehingga nafas terakhir abang. Dan abang akan relakan Su mencari cinta lain sekiranya cinta kita singkat dan putus sebelum ke jannah.” –Aliff.
Cintanya kepada Aliff daripada seorang sahabat kepada suami membuatkan dia bahagia. Namun… dalam hatinya ada perasaan bersalah yang amat sangat kepada Zulaika, sahabatnya sendiri kerana dia dianggap sebagai perampas. Dengan Aliff, cintanya utuh walaupun dia kehilangan lelaki itu. Perpisahan itu juga membuatkan Suraya meraba-raba dalam kelam kerana ditinggalkan sendirian.
“Awak ni, saya cakap dengan awak. Bukan dengan tunggul!” - Ikhsan.
Lelaki ini? Memang dia rasa ingin berpisah sahaja. Lelaki ini sering membuat Suraya geram dan gelaran ‘hati batu mata kayu’ memang kena dengan lelaki itu. Kalau bukan sebab nak cari rezeki, dah lama dia tinggalkan lelaki ini.
“Kenapa pilih saya? Masih ramai lagi anak dara yang boleh Encik Ikhsan pilih. Saya seorang janda, Encik Ikhsan. Saya miskin, dan tak setaraf dengan Encik Ikhsan.” –Suraya.
Dia tidak mahu merana lagi. Sudap cukup apa yang telah terjadi dalam hidupnya sebelum ini. Hati Suraya sering merintih. Kekasih hati yang ragu-ragu akan kasih sayangnya, suami yanG meninggalkan saat dia memerlukan dan lelaki yang sering membuatkan dia rasa tidak senang.
Bagaimanakah Suraya ingin menamatkan derita jika derita itu sering mengejarnya? 

Jangan lupa dapatkan novel ini di Kaki Novel.  

Semenanjung: 

RM 22.00 (Bukan Ahli)
RM 18.00 (Ahli)

Sabah/Sarawak:

RM 25.00(Bukan Ahli)
RM 21.00(Ahli)

Penghantaran Percuma Ye ☺

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page