Hebatnya Kuasa Memberi

Teratak pena | Thursday, August 11, 2016 |


Salam Kembali....

Rasanya dah tak boleh nak cakap apa dalam teratak ni.  Rasanya bukan je sawang, atok nenek sawang pun belum tentu dapat nak bersihkan rumah ni.  Tak tahu mananya hilang mood nak berblog.  Mungkin sibuk(buat-buat sibuk je) mengalah VVIP.  Hakikatnya mood down... down....down....

Okeylah entah kenapa hari ni. Macam terpanggil nak coret sesuatu dalam teratak ni.  Nak post kat FB rasa macam.... entahlah.  Takut orang salah faham pulak.  Okey, kuasa memberi.  Erm.... macam mana nak mulakan dulu ye.

Rezeki.... di tangan Allah. Cik Siti yakin dengan rezeki Allah.  Walau sesak macam mana pun Cik Siti yakin dengan Allah.  Allah itu maha memberi.  Yang sebenarnya, dah lama juga Cik Siti terdetik nak kongsi, cuma tak berkesempatan pulak.  (Kata VVIP kan)

Apa yang penting.... Jangan lupa Allah, Jangan Lupa Ibu dan Ayah.... Jangan lupa memberi... kerana dengan niat ikhlas itu Allah membalasnya dengan mudah. Dan yang penting jangan sesekali mengungkit dan merungut. Kalau kita merungut tak cukup, tak cukuplah dia.  Fikirkan.... Allah ada untuk memberikan kita rezeki.

Minggu lepas, 05 ogos 2016 opis Cik Siti buat open house.  Cik Siti ambil keputusan nak sumbangkan roti jala dan muffin.  Niat Cik Siti, bukan sahaja dia orang dapat makan kenyang, kalau ada rezeki boleh bawak rumah.  Bila member dapat buat balik rasa macam seronok sangat.  Sebab memang dah niat Cik Siti.

Then.... 09 ogos 2016 Cik Siti dapat wassup dari bonda Cik Siti.  Dalam wassup tu, dia kata "Along, duit kutu kau ada dengan mak.  Nak mak transferkan ke?"  Al-hamdulillah.... Cik Siti memang tak pernah ambil port pun giliran kutu Cik Siti sebab bonda yang uruskan.  Taklah banyak sangat.  50 ringgit sebulan je.  Tapi yang mengejutkan jumlah kutu Cik Siti satu kali ganda dari apa yang telah Cik Siti beri masa jamuan opis hari tu.

Cik Siti ambil keputusan tak ambik semua dan berikan lebih kurang separuh dari duit kutu pada bonda.  Jadi bonda pun transfer dan memang bersyukur sangat-sangat masa tu.  Esoknya Cik Siti ada training di TMTC dan masa tu dapat miss call yang mana memang Cik Siti tak boleh nak jawab.  Maklumlah.... jadi akauntan masa tu.  Bukak mulut je dapat point.  Bukak mulut je dapat point. Jadi tak boleh nak leka.  Nanti tak tulis point, Sapa yang salah? Cik Siti juga yang salah.  Tak pasal-pasal kena belangkung dengan member lain.

Esoknya... Cik Siti kerja macam biasa.  Telefon berbunyi dan Cik Siti dapat nombor semalam yang dah buat miss call kat nombor Cik Siti.  Jadi Cik Siti pun angkat dan panggilan tu dari KARYASENI.  Okey, Cik Siti jawab macam biasa dan masa tu bergetar rasa hati Cik Siti bila mereka mengatakan cek Cik Siti sudah pun sedia untuk pos.  Cik Siti terkejut.  Hah?  Cek dah ready?  Cik Siti memanglah. Memang tak pernah ambik port bila cek boleh ready.  Sebab Cik Siti Yakin rezeki tu ada.

Apa yang paling mengejutkan..... amaun royalti yang Cik Siti dapat dari buku Antologi Melodi Cinta Edisi 3 yang telah dikeluarkan bulan Mei lepas adalah satu kali ganda dari amaun yang Cik Siti berikan pada bonda Cik Siti.  Masa tu, macam nak mengalirkan air mata. Ya Allah.... Terima Kasih dengan apa yang telah kau berikan kepada ku Ya Allah.

Cik Siti yakin.... Rezeki Allah itu ada.  Apa yang penting, niat memberi itu.

Mood sekarang:  Bunga-bunga riang.



No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page