Wordless Wednesday: A Big...Big...Big... Family

Teratak pena | Wednesday, April 30, 2014 | 4 Comments so far
                                                          Cucu-cucu dan cicit Hamzah Bin Awit
Hah, ambik!  itu pun kurang 2 family...

Ehsan: Face book Cik Hamezah Abd Malik... Thanks my cousin

Belajar membuat header

Teratak pena | Wednesday, April 23, 2014 | 6 Comments so far
Selamat bertemu kembali....

Hari ni nak kongsi apa yang dah Cik Siti buat.  Belajar buat header sendiri.  Cik Siti tidaklah pandai sangat.  Dah lama tak buat header sendiri.  Layan jelah apa yang dah Cik Siti buat.




Yang ini header untuk Blog Bayu Kenangan.  Godek sendiri je.









Yang ini pulak header untuk Teratak Pena.

Layan jelah Cik Siti dah meraban dah ni...

Oh ye.... Semua ni Cik Siti buat guna Adobe photoshop CS 3. CS 3 je.... orang lain semua dah maju ke depan. Hehehe....

Okey... sampai sini je entri Cik Siti.  Tak adalah cantik sangat. tapi sebab buat sendiri puas hati.

Buah berangan dipohon jati,
sayang jati penuhnya duri
Betapa gembira tercuit dihati,
Buah kukait tangan sendiri.

Resepi: Mee kari

Teratak pena | Sunday, April 20, 2014 | 3 Comments so far


Salam bertemu kembali....

Apa khabar semua?  Harap sihat dan berbahagialah hendaknya disamping keluarga dan rakan.  Okeylah... kali ini Cik Siti nak kongsi resepi mee kari. Kan hari tu Cik Siti dah janji nak berikan resepi dia.  Resepinya ringkas tetapi sedap.  Jom kita tengok dulu bahan-bahan dia.

4 ketul ayam (untuk dibuat rencah)-potong kecik ye
Kalau tak nak boleh tukar kepada udang atau daging.
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
satu inci setengah halia. *
*Bahan-bahan ini ditumbuk lumat
Rempah 4 sekawan :
Kayu manis
Bunga lawang
bunga cengkih
buah pala
1cawan Santan pekat
Air mengikut sukatan
5sudu rempah kari nak lebih pun boleh
2 biji kentang dipotong dadu
2 keping fish cake
Daun kari
Mee kuning #
Sawi hijau#
#bahan ini dicelur
Cili Hijau dan bawang goreng untuk hiasan

Okey.... cara-caranya adalah:
Campurkan semua bahan yang ditumbuk dengan rempah 4 sekawan dan rempah kari. Masukkan air sedikit.
kemudiannya tumis rempah tersebut.  Bila rempah dah garing dan naik bau masukkan kentang dan ayam. kemudiannya masukkan santan pekat.  Masak sehingga ayam dan kentang tu empuk.  Kemudiannya masukkan air bergantung kepada citarasa anda.  Nak pekat jangan masuk banyak sangat air.  Gelugor lagi dan kemudiannya masukkan fishcake dan daun kari.  Bila dah siap, tutup api.  Ambil mee masukkan kari tadi kemudiannya letakkan sawi yang dicelur berserta dengan cili hijau dan bawang goreng. Siap!  dah boleh makan.  YUM!YUM!  Boleh cuba.

RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Teratak pena | Friday, April 18, 2014 | 2 Comments so far

                                                         Kredit by google

Selamat Bertemu Kembali....

Bila petang begini teringat pulak kenangan silam yang sering kali menyapa nostalgia Cik Siti.  RMT atau rancangan makanan tambahan bagi sekolah rendah Cik Siti tak pastilah masih valid ke tidak pada zaman sekarang ni.  Mungkin di sekolah di luar bandar mungkin masih ada yang menerima bantuan seumpama ini.

Dulu... masa Cik Siti darjah satu pada tahun 1984 Cik Siti pernah merasa semua ini.  Bila masa rehat je semua dok tinjau dan leher macam zirafah sebab nak tengok apa menu yang disediakan hari itu.  Tapi masa tu kita kecik lagi.  Dan hidup pun tak adalah mewah mana.  Terimalah apa menu yang disediakan.  Tapi tak calang juga menu yang diaorang sediakan.  Ada masa nasi lemak, mee goreng, dan bubur.  Masa tu dok bawah pokok makan ramai-ramai.  Seronoknya zaman tu.

Tetapi yang bestnya, setiap hari kita orang kena bawa kayu api sebatang seorang.  kalau musim hujan tu,  bila kayu api tu habis basah mahu muncung orang kantin agaknya.  Yelah.... masa tu mana tahu kalau kayu api tu basah kena hujan tak boleh nak hidup.  Kitakan kanak-kanak rebina kan?  Hehehe.... Yang penting bawak. Kan?kan?kan?

Pernah sekali tu Cik Siti malas sangat nak bawa kayu api tu.  Cik Siti suruhlah Pak sedare yang kerja kilang tu bawak ke tempat kerja dia.  Sudahlah masa tu dok dengan rumah atok(sebelah arwah ayahanda) depan sekolah, ada pulak demand nak naik basikal.  Dah kita yang paling manja dengan diaorang. (eksen jap) Bila dah naik basikal entah kenapa malas nak bawak kayu api walhal dah pegang pun.

"Nah Pak Kasim.  Tak nak bawak."
"La...kenapa tak cakap awal-awal.  Bawak jelah.  Takkan Pak Kasim nak bawak pulak."
"Ala... bawak jelah.  Pak Kasim bawaklah kat kilang." Sesedap mulut je Cik Siti cakap, kan?
"Yelah... yelah..."  Senggeh macam kerang busuk lak Cik Siti.
Tapi.... Bila sampai kat sekolah padan dengan muka Cik Siti kena marah dengan cikgu.  Huhuhu....

Petang tu bila pak sedare Cik Siti balik dari kerja Cik Siti tanyalah dia mana kayu api yang Cik Siti suruh bawak tu.  Yang best dia kata apa?

"Pak Kasim dah buang masa tengah jalan."  Wa.....

Tapi bila mengenangkan memang seronok dapat makan free tu...

Bawak duit pun tak banyak mana.  duplosen je.  lepaslah nak beli air dengan sagun hahaha...

Resepi: Kuih Vadai

Teratak pena | Thursday, April 17, 2014 | Be the first to comment!

Bertemu kembali...

Entri terdahulu Cik Siti ada selitkan gambar kuih vadai dan Cik Siti pernah kata nak kongsi resepi kan?  Kalau tak menjadi segan juga nak kongsi.  Sebab masa buat mula-mula tu memang tak menjadi.  keras macam batu.  wal hal Cik Siti memang ikut resepi.  Tak tahu mana silapnya.  jadi Cik Siti tanyalah auntie yang kerja kat tempat Cik Siti. Kebetulan dia pula berketurunan india.  Ala... nak belajar mana boleh malu, kan? Okey, mari kita tengok apa ramuan yang perlu ada dalam melaksanakan resepi ni... Cewah Cik Siti perasan sendirilah...

250 gm kacang dhal (beli kacang dhal australia) inilah rahsianya.... dulu Cik Siti main bantai je beli kacang dhal.
kemudian kacang tu direndam.  biasanya kalau Cik Siti nak masak esok tengahmalam dah rendam dah.
1 labu bawang besar dipotong dadu -(kalau nak lebih pun boleh)
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
1 tangkai daun kari
1/2 sudu jintan kasar (ditumbuk)
1/2 sudu cili giling
cili hijau di mayang halus.  kalau nak pedas lagi boleh guna cili api.
Garam secukup rasa
sedikit baking powder 

Okey, cara-caranya adalah:
Kacang dhal yang direndam ditumbuk atau diblend.  Terpulanglah kepada anda nak kasar atau halus.  kemudiannya campurkan semua bahan-bahan yang lain.  kacau sebati dan tunggu lebih kurang sepuluh atau lima belas minit.  kemudian kita ambil adunan dan leperkan ditapak tangan akhirnya kita masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak untuk menggoreng. Dah!  siap!  sedap kalau makan panas-panas atau makan dengan cili hijau.

Apa macam?  ada yang berminat?  Boleh cuba.  tak rugi.  Insyaallah.... menjadi.  Bukan semua kacang dhal yang boleh buat kuih ni.  O..... macam burung belatuk bila Cik Siti dengar seisi belajar buat kuih ni.

Okeylah.... selamat mencuba semua.....

Apa yang ada dalam Handphone

Teratak pena | Sunday, April 13, 2014 | 6 Comments so far
salam bertemu kembali....

Hari ni nak cite tentang handphone.  Dalam handphone Cik Siti banyak jugalah gambar yang Cik Siti ambil.  Tapi yang paling banyak capture gambar bunga dan gambar makanan.  Ala... dah namanya perempuan, biasalah ambik gambar bunga dan makanan.  Gambar makanan  yang Cik Siti snap ni pun kebanyakkan yang Cik Siti masak sendiri.  cuma satu ni je. Cendol yang popular di Kuala Selangor.  Cendol Bakar.  masa tu Cik Siti singgah selepas menghantar rombongan kahwin di Sabak Bernam.

Inilah dia Cendol Bakar yang femes kat Kuala Selangor.  Yang menariknya kat sini ada drive tru lagi.  itu mana yang nak bawa balik.  Jom layan apa lagi yang ada dalam handphone Cik Siti.  Jom.... Godek lagi

yang ini feberet Cik Siti.  Ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.  Pekena lak dengan air kopi o panas.  Memang layan.  Kalau nak resepi sambal ni boleh je. Terjah je kat sini. gerenti puas hati. Apa yang penting cili tu memang kena masa garing-garing.  Barulah sambal tu sedap rasanya.

Yang ini telur masak kicap.  Motif? sesaja ambil.  Yang ini memang kegemaran anak-anak.  Biasalah budak-budak memang suka dengan masak kicap ni.  Yang ini pun ada resepi jugak.  Tapi yang sebelum ni Cik Siti tibai dengan ikan talapia. Ala... resepi dia sama je.  cuma pandai-pandailah kita buat dia. Kalau nak resepi kat singgah kat sini. Tapi yang Cik Siti punya yang simple-simple je. 

Ha... yang ini fresh lagi.  baru buat masa sarapan pagi tadi.  kuih vadai.  Dulu pernah buat kuih ni.  Tapi tak menjadi. Kerasnya mak ai macam batu. sekarang dah menjadi barulah nak tayang ye.  Ala... itu pun ikhsan dari penasihat pakar.  Dah namanya makanan orang india.  So.... belajar dengan orang india baru menjadi.  Rahsianya terletak pada kacang tu sendiri.  Nak resepi? nanti Cik Siti bagi ye.... kita buat en3 lain lak.

Yang ni lak mee kari.  feberet Cik Abang. dapat lak kalau kuahnya dah pekat bila sejuk.  Kalau dapat mee dah habis dia layan kari tu dengan roti.  nyum...nyum.... dia kata sedap.... sedap?  al-hamdulillah.....Yang ini kalau nak resepi nanti Cik Siti bagi ye.  Cik Siti masak pun main campak-campak je.  he...he...he....

Pagi-pagi memukul canang,
canang dipukul dengan senangnya,
Perut kenyang hati pun senang,
Bersyukurlah kita dengan RahmatNYA.

Jika Tiada

Teratak pena | Friday, April 11, 2014 | 1 Comments


Jika Tiada orang yang menyayangiku,
Aku Yakin Allah akan mengasihiku,
Jika Tiada harta untuk aku dambakan,
Aku yakin rezeki ku datang dariNYA,
Jika Tiada harapan yang sedia ku panjat,
Kuyakin Allah bersama untuk ku harung dugaan,
Jika Tiada nasib untuk ku kira,
Ku yakin kebaikkan aku terselit jua
Jika tiada kesempurnaan dalam hidupku
Ku yakin ada hikmah yang tertulis kebaikan untukku
Jika tiada ilmu yang penuh melimpah di dada
ku bersyukur untuk aku terus mara
Jika tiada rezeki untukku
Aku yakin masih ada sekecil kuman
untuk aku menumpang.


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page