Betapa Bangganya Aku....

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, December 14, 2014 | 7 Comments so far
                                                 Belgium (Carian dari google)

Kembali bersiaran....

Lama tak coretkan di teratak ni.... Rindu.... serindu rindunya.....

Kali ni nak bercerita tentang bangga.  Rata-rata mesti ada masanya akan merasa bangga.  Tidak kiralah bangga punya harta berkoyan-koyan. Bangga punya isteri comel lote.  Bangga punya rumah besar bertangga-tangga dan ada juga bangga punya perlajaran yang tinggi... dan bla...bla...bla...

Hari ni nak Cik Siti betapa bangganya punya keluarga.  Walau pun tidak kaya raya, walau pun Cik Siti tidak belajar sehingga menara gading, cukup Cik Siti katakan Cik Siti bangga dengan adik-adik yang telah berjaya.  Seolah apa yang Cik Siti korbankan sebelum ini berbaloi.  Cik Siti korbankan masa depan, Bila dapat menduduki ujian perguruan Cik Siti menolak kerana Cik Siti tahu akan tanggungjawab sebagai anak sulung yang ketiadaan bapa.

Cukup sehingga STP Cik Siti merasakan biarlah adik-adik yang berjaya.  Mereka berjaya ibarat Cik Siti juga yang berjaya.  Bila Cik Siti pergi ke konvokesyen kedua-dua adik Cik Siti Cik Siti bangga walau pun Cik Siti tidak berjaya untuk melangkah ke dalam dewan itu.

Bila Cik masuk ke dalam rumah dengan deretan gambar adik-adik memakai baju konvo Cik Siti bangga walau pun tiada pun terselit gambar Cik Siti.

Cik Siti bangga dengan mereka dengan pekerjaan hebat mereka walau pun Cik Siti hanya seorang kerani cabuk.  Memang itu yang berhak mereka dapat setelah penat mereka menelaah...  Seorang  engineer dan pakar saham bukan bidang Cik Siti walau bagaimana pun Cik Siti bangga dengan mereka....

Namun satu harapan Cik Siti.... Cik Siti akan lebih berbangga jika mereka tidak melupakan jasa seorang ibu yang membesarkan kerana itu yang perlu.

#Betapa bangganya Cik Siti bila mendapat tahu yang Cik Siti kini sudah selamat mendarat di Belgium atas urusan kerja.  Semoga urusannya berjalan dengan lancar dan selamat kembali ke tanah air... Amin....

BZ Time....

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, December 05, 2014 | 5 Comments so far


Kembali bersiaran....

Alahai... minta maaf banyaklah kepada tetamu Bayu Kenangan ni.  Sejak dua menjak ni Cik Siti agak BZ sikit.  Bukan sikit, tapi banyak.  Otak pun ting tong dah macam jam.  Sekali lagi diberi kepercayaan untuk buat majlis.

Kali ni nak buat majlis hari jadi pulak.  Buat sekali gus.  Senang sikit.  nak buat bulan-bulan tu kadang-kadang terlupa.  ada pulak yang kecik hati.  Jalan yang paling senang buat sekali gus... hahaha.... sambut semua sekali.  Adil,kan?  staff yang paling muda dan yang akhir sekali sambut pada 31.12.  So akhirnya sepakat nak buat 3.01.2015.

Buat sekarang ni tengah arrange kan tempat.  Tempat dan masa dah ok.  Cuma sekarang ni tengah nak cari hadiah dengan kek.

So sorrylah... dah lama tak coretkan dalam teratak ni...

Insyallah... kalau ada kelapangan Cik Siti updated cerita yang tak seberapa ni...


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page