Tips Belajar Sejarah ala Cik Siti

Teratak pena | Tuesday, May 13, 2014 |


Selamat bersua kembali...

Tempoh hari masa kemas laci tempat Cik Siti simpan sijil putera Cik Siti terpandangkan keputusan STPM Cik Siti dia kata 

"Wah!  Ibu dapat A dalam sejarah. Macam mana ibu buat?" 

"Macam mana ibu buat?" Nak selongkar rahsia le tu... tak pe turunkan pada anak. Tak ada salahnya.  apa lagi pada semua orang,kan? Lagi pun si Fir sekarang ni pun dah kena belajar sejarah.  Jadi.... Cik Siti perturunkan mana yang Cik Siti tahu.  

Terus terang Cik Siti katakan.  Pada SPM memang sejarah Cik Siti hancur.  Dapat cangkul sedangkan Cik Siti memang suka dengan subjek ni.  Masa tu rasa kecewa pun ada juga.  Sebab memang berharap Cik Siti lulus dengan subjek tu.  Tapi.... apa boleh buat, dah memang tak ada rezeki namanya.  

Tapi macam mana Cik Siti tembus semula pada STPM?  Sebab sejarah ni kan fakta.  dan tak boleh auta.  Semuanya sudah tertulis.  Baik tarikhnya, peristiwa dan tokoh.

Apa yang Cik Siti ajar dengan melukis.  Buat peta minda supaya kita faham dan hafal.  Kalau tak nak buat awan buat ikan.  Tak pun lukis dengan gambar yang kita faham.  contohnya catatan perjalanan kemerdekaan bermula dengan  rombongan kemerdekaan pada 18 Januari 1956 Cik Siti suruh anak Cik Siti lukis gambar bas.  Buat bendera Malaysia kat atas bas tu.  Dekat bas tulis rombongan ke London dan tahunnya sekali.

Dekat dalam bas tu lukis orang lidi dan siapa yang ada.  Dah siap semuanya buat anak panah dan lukis gambar 2 orang lidi dengan tulis Malaya dan British. Buat satu lagi anak panah iaitu tarikh penting bagi negara kita.  Buat gambar bendera Malaysia besar-besar dan buat love.  Tulis tarikh kemerdekaan, siapa dan dimana.  Tak payah nak lukis cantik-cantik.    Cukup cuma kita faham.  

Dan lagi satu kaedah Cik Siti adalah dengan merakam suara Cik Siti sendiri.  Dulu pakai kaset je.  kalau nak dengar duduk diam-diam dalam bilik dan dengar semula apa yang dah Cik Siti rekod.  Siap buat lagu lagi hehehe...sekarang dah senang.  Ada handphone boleh rekod bila-bila masa dan boleh dengar tak kira di mana.  

Satu lagi Cik Siti buat game sendiri.  Cari dan padan.  Tulis tarikh-tarikh penting, tokoh , peristiwa, gunting dan lepas tu buat padanan.  Kalau ada duit buat kertas manila.  Boleh guna banyak kali.  Begitulah gaya Cik Siti masa STPM dulu.  Itu pun Cik Siti buat gaya Cik Siti sendiri.  Namun yang sebenarnya semua subjek ada caranya yang tersendiri.  Ada yang perlu menghafal, ada pula subjek yang perlu kita fahami dan ada pula subjek yang perlu kita banyakkan latihan.  

Cik Siti bukanlah pandai dan bijak sangat.  Cik Siti cuba untuk mencari apa cara yang Cik Siti senang faham dan leka untuk Cik Siti ulangkaji. Mungkin setiap orang lain caranya.  Masa STPM tu pun Cik Siti tak begitu mengharapkan kejayaan tetapi kalau disertai dengan doa, insyallah.... Tak sangka pulak masa tu boleh score habis subjek sejarah.  Subjek lain?  ada P tapi seganlah nak cakap.  Dulu STPM kan guna prinsipal.  Cukup P untuk melangkah lagi.... tapi Cik Siti rasa kudrat Cik Siti lebih memerlukan...

Okey, panjang lebar lak entri kali ini.   Ini saja yang Cik Siti boleh kongsi.  Ini pun dah curahkan semuanya.  Ini cara Cik Siti.  Mungkin putera Cik Siti ada cara dia tersendiri untuk menghafal setiap tarikh, tempat dan tokoh.  Cik Siti cuma menghulurkan apa yang telah Cik Siti buat.  

2 comments:

  1. Kaedah mind mapping nama dia! Ya sangat berkesan kalau sesiapa yang pandai melukis, tapi kalau yang lukisan pun hancus. Agak susah nak melakar gambar-gambar. HEHE.

    ReplyDelete
  2. Anita: Akak buat orang lidi jer.... lagi pun lukisan akk fail.... hehehe...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page