Kenangan Lalu...

Teratak pena | Friday, May 30, 2014 |

Selamat Berhari Jumaat...

Entah kenapa hari ini teringat lak dengan arwah apak.... Agaknya rindu kot....Erm.....

Bila masa macam ni...... teringat dengan kisah sebelum dia mengembuskan nafasnya yang terakhir.  Masa tu Cik Siti balik dari sekolah.  Kalau berjalan kaki dari pekan Tenang Stesen nak ke rumah memang jauh sesangat.  Mahu setengah jam perjalanan.

Masa tengah berjalan tu Cik Siti bertembung dengan 'Tuan Kecik'  Itu istilah kat Estet.  Dan dia pun rakan arwah walau pun berlainan bangsa.  Dia tanya, "Miss Md Yasan, nak balik rumah ke?  Jom uncle hantar."Jadi Cik Siti pun tumpanglah kereta dia sebab Cik Siti memang kenal dia.

Dalam kereta tu dia bertanya dengan arwah.  Sihat ke?  Cik Siti angguk.  Mula-mula tu dia macam berat nak cakap.  Cik Siti ingat dia kata yang mana masa tu Cik Siti tak pernah nak fikir jauh.

"Nanti Miss Md Yasan kena jaga mak dengan adik-adik tau.  Jaga baik-baik."  Cik Siti angguk walau pun masa tu agak macam tak faham.

"Ayah tengah sakit kan?  jangan beri tekanan dengan dia tau."  Cik Siti angguk lagi.

"Ayah ada komplikasi buah pinggang."  Cik Siti diam.  Mungkin kawan arwah apak tak berani ni bercerita dengan sesiapa dalam family Cik Siti sebab itu dia bercerita dengan Cik Siti.  Masa tu memang tengah tak faham apa-apa walau pun dah 16 tahun!  Huhuhu... sob

Bila Cik Siti turun dari kereta Cik Siti masih blur dan bila arwah apak pergi lebih kurang 3 bulan lepas tu baru macam tersedar ada sesuatu yang dia ingin sampaikan....


1 comment:

  1. Eh baru perasan tukar layout lagi. hehe. Rajin sungguh!!

    Al-fatihah~
    Doa banyak-banyak utk arwah.

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page