Kalau Tiada Rezeki...

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, June 25, 2013 | 4 Comments so far


Air mata ini masih berbaki,
Kasih sayang pasti dilimpahi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Berserah kepada ketentuan illahi.

Penat terasa berjalan kaki,
Singgah berehat di tepi perigi,
Kalau sudah tiada rezeki,
Tanamkan semangat usahalah lagi.

Indah sungguh diwaktu pagi,
Mentari terbit kian dinanti,
Tiba masa berusaha lagi,
Kelak pasti rezeki menanti.

Rindu hati terasa pedih,
Saat berjumpa dunia berseri,
Tiada rezeki usah bersedih,
Kelak ada hikmah tersendiri.

Senyum terukir di hujung bibir,
Bukan senang sayang diukur,
Gembiralah hati senyum terukir,
Tiada rezeki bukannya tersungkur.

Hari Masak sedunia...

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, June 23, 2013 | 3 Comments so far
Salam Hujung Minggu....

Erm... minggu lepas dua hari Cik Siti ambil urgent leave.  begitu juga dengan Cik Abang.  sebab 2 dari 3 anak Cik Siti demam.  jadi bila duduk rumah tu tanya juga nak makan apa.  pada anak-anak.  akhirnya Cik Siti memasak dari pagi sampai ke petang.  semata-mata nak pastikan mereka tu makan.  Layan je le apa yang Cik Siti masak dari permintaan anak Cik Siti.

Tengahari tu Cik Siti masak Nasi Ayam Bakar... Ayam tu Cik Siti tak goreng.  Cik Siti bakar je.  jimat minyak dan berhasiat. bila dah masak tu, yang si kecik minta nasi ayam tu dok tenung je nasi.  orang tak sihatlah katakan.  nak buatkan bubur dia tak nak.  bila dah masakkan nasi ayam dia dok termenung pulak.

 Petang tu Cik Siti masak bubur kacang pulak.  Mana tahu diaorang nak.  Cik Siti campurkan dengan jagung sebab anak Cik Siti yang kakak dengan adik suka dengan jagung.  Erm.... dia orang tenung juga.
Akhirnya Cik Siti buat cekodok bawang dengan sambal. yang ini tak ada dalam list permintaan dan nasib baik anak-anak nak makan.  cekodok ni pulak yang dia orang berselera nak makan.  makanlah anak-anakku...

Dan sekarang ni mereka dah sihat.  dan makan pun dah sihat. cuma kena paksa mereka minum air banyak memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Dok fikir.... erm.... nak masak apa yek?

Wordless Wenesday: Madah...

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, June 19, 2013 | 3 Comments so far

Dalam Kenangan....

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, June 17, 2013 | 4 Comments so far
                                         Ehsan dari facebook dinda Cik Siti, Cik Izzah

Lidahku kelu tiada terkata,
andai kata tiada bersungguh,
Walau hilang dipandangan mata,
Kasih di hati tetapkan kukuh.

Kasih sayang bukan dibeli,
Agar hidup akan diberkati,
Dikau pergi tidak kembali,
kasihmu ku simpan kusimpul mati.

Hidupku sepi hujung persada,
Tiada bersungguh amatlah rugi,
sembilan belas musim dirimu tiada,
Ibarat semalam dikau pergi.

Hening pilu begitu suasana,
Hilang kemana saudara mara,
Tenangkanlah dirimu disana,
Doaku panjat agar sejahtera.

Seribu janji sukar dikota,
Bila kita kembali bertemu,
Walau tiada dipandangan mata,
Kuteruskan hidup demi kasihmu.

Sayang ku terima kasih ku beri,
setiap urat setiap sendi,
Walau teringat saban hari,
Ayah.... kasihmu tetapkan abadi...

Kerja: Gaji atau berkat (ii)

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, June 14, 2013 | 5 Comments so far


selamat bertemu kembali....

Dulu Cik Siti ada selitkan en3 gaji atau berkat.  sekarang ni Cik Siti nak kongsi bagaiman cara Cik Siti cuba mencari keberkatan tu.

Setiap hari sebelum Cik Siti keluar rumah, sebelum melangkah dari keluar rumah Cik Siti berdiri patung depan pintu.  Okey.... yang baik Cik Siti nak kongsi. Bila berdiri depan pintu sebelum Cik Siti nak melangkah Cik Siti akan memanjat doa. Erm... pastikan doa tu utk kebaikan ye...

Doa yang selalu Cik Siti baca sebelum keluar dari rumah: "Ya Allah  Ya Tuhanku.... aku bermohon kepadaMU... KAU berkatilah rezekiku hari ini, kau mudahkanlah urusan kerjaku dan kau mudahkanlah urusan harianku... Ya Allah Ya Tuhanku... KAU lindungilah aku  dan seluruh keluargaku kau berikanlah setiap mereka yang datang dengan hati yang sabar dan hati yang tenang." Dan langkah keluar dari rumah dengan kaki kanan.... dan Insyaallah.... Allah akan bersama-sama dengan kita setiap niat kita yang ikhlas.

Doa tu terpulanglah kepada setiap individu.  itu Doa yang Cik Siti reka sendiri.  Insyaallah... Allah akan melorongkan kerja kita dengan mudah.

Okeylah.... dengan penghulu segala hari... Cik Siti doakan anda semua diberkati dan rezeki akan sentiasa mengalir... Amin...

Wajah muram hilangnya seri,
sedih mencari pengganti teman,
Hari jumaat penghulu hari,
Banyakkan amalan tingkatkan Iman.

Terkenang Semasa Dulu.... Maktab Adabi Muar

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, June 13, 2013 | 1 Comments
                                      Inilah kelas dia.... walau pun tidak sehebat sekolah lain namun ia telah membuatkan cik Siti ingat sehingga kini.......... (ehsan dari blog Cerita Nan lalu)


Selamat bertemu kembali....

Maktab Adabi Muar.... banyak memberikan kenangan manis dalam hidup Cik Siti.  Tak tahu kenapa.  Mungkin dengan keikhlasan Cikgu-cikgu yang mengajar sehinggakan sehingga kini ingatan Cik Siti memang tidak boleh lupakannya.  dan yang paling Cik Siti tak boleh lupa bila belajar kelas tambahan dalam banjir.

Mula-mula okey je kita orang dalam kelas tu.  Masa tu Cikgu Othman yang ajar Ekomomi Asas dengan berbesar hati nak berikan kami kelas tambahan.  Erm.... Cikgu Othman.... Guru yang istimewa... dia boleh menulis dengan kedua-dua belah tangannya.

Waktu pagi memang dah mendung langit tu.  memang dah nak hujan sangat dah.  Tapi kita orang teruskan juga walhal hujan dah mula turun dengan lebatnya.  Mata tu dok juga jeling kat jenang atas.  U.... lebat sangat sampaikan kita orang tutup pintu sebab dengan angin sekali.

bila dah sampai tengahari.... Cikgu Othman dengan senyum simpul dan bila buka pintu.... tu dia... air dah naik dah...

"Cikgu macam mana nak keluar ni? air dah melimpah masuk."

masa tu kita orang kaget sampai tak boleh nak fikir. bukan ke boleh buka kasut harung je air tu... ini tidak, ada akal yang lebih bernas susun kerusi satu persatu lepas tu... naik atas kerusi sampai kat tanah yang tinggi sikit.  haha... memang tak boleh lupa langsung.

Kenangan Lalu....

Wordless Wenesday

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, June 12, 2013 | 4 Comments so far
Sayang Mereka Semua....


Kering....

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, June 10, 2013 | 3 Comments so far
                                             (Ehsan dari google)

Hari malam gelapnya gelita,
Terasa bayu begitunya segar,
Bagai  ingin  dikongsi cerita,
Namun  fikiran masih berpagar.

Mengapa merajuk hingga ke kota,
Jika sedih biarkan sahaja,
Apa ingin ku kongsi cerita,
Cukup hanya berpantun sahaja.

Sayang melayang burung kedidi,
Sayang terjatuh terkena ladam,
Wahai Cik Siti apa terjadi,
Semangat kemana harapan terpadam.

Duduk sendiri terasa sepi,
Hati walang tiada tertahan,
Wahai semangat bakarkan api,
Wahai harapan panjatkan kesungguhan.

Burung merpati terbang melayang,
Terbang melayang di senja hari,
Sabarlah rakan tetamu ku sayang,
Kulakarkan cerita dikemudian hari.

Annual dinner TMpoint Kepong

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, June 09, 2013 | 3 Comments so far


Selamat Berjumpa lagi...

Yang sebenarnya cerita dah lama dah.  cuma tak ada masa je nak kongsi.  20 April lalu Cik Siti berkesempatan yang paling senang cerita diberi mandat oleh Boss Cik Siti untuk menganjurkan majlis makan malam TMpoint Kepong.  Yang sebenarnya inilah julung kali dibuat dan Cik Siti merasakan cukup bertuah bila boss berikan kepercayaan untuk Cik Siti menganjurkan majlis ni.  Namun tanpa usaha semua pihak termasuk boss juga majlis tu dah tentu tak dapat dijalankan.  Apa yang penting tu tekad dan usahasama.  Apa yang penting? kerjasama.

Majlis makan malam tu dibuat di Felda D'saji KL. Tema malam tu merah dan biru.  sebelum tekad nak tempah tempat cuak juga.  manalah tau tarikh yang Cik Siti pilih tu waktu pilihanraya.  Tak ke naya.
Majli tu dibuat untuk memberi penghargaan kepada semua staff yang telah berjaya pada tahun 2012.  Tahiah diucapkan.  eh hem.... temasuk Cik Siti juga.  Tahniah kepada diri sendiri. sebab 3 kali  naik pentas malam tu.  bling!bling! mata Cik Siti.  sebab semua tu memang tak sangka.

Dan yang paling tak sangka cabutan bertuah tu.  sebab Cik Siti ni bukanlah jenis orang yang bertuah.  Namun best staff payment dan juara kuiz pun Cik Siti tak sangka.  Malam tu juga rakan-rakan dok usya juga buat game.  yelah.... dari tak buat apa.  Nak karaoke? sume pakat tak nak. Jadi main game jelah.  Namun yang bestnya.... annual dinner ni Cik Siti ajak keluarga join sekali. Makanya Cik Siti bawalah Cik Abang, anak dan dinda Cik Siti... Cik Nurul untuk turut serta.

Tapi... tak semua yang berjalan dengan apa yang diharapkan.  Sebab masa menyanyikan lagu 'Sahabat' kena dok baling tepung.  huhuhu sakit kepala Cik Siti bila bungkusan tepung tu betul-betul kena kepala Cik Siti. kalau korang nak tengok boleh ke You Tube dan taip TMpoint Kepong. malu esh! tapi okey juga sebab dalam you tube boleh dikatakan Cik Siti tak nampak.  kalau tidak mahu satu dunia tahu...Hahaha...(Gelak jahat)

Penghargaan buat staff yang terbaik.  Dan salah satunya Cik Siti punya.  Tak sangka sangat... Terharu....

Boss Cik Siti disamping goodies untuk staff dan family.... semua yang datang tidak dengan tangan kosong. sekurang-kurangnya mereka balik dengan hadiah.

hadiah cabutan bertuah.... dan salah satu Cik Siti juga yang dapat. Al-hamdulillah... Cik Siti dapat multi cooker.... ah.... boleh buat bubur lambuk macam ni...

Yang ni pulak Cik Siti menang kuiz.  Tak sangka betul... hadiah yang dapat pun tak calang.  set body shop.

Inilah dia sebahagian staff yang dapat hadirkan diri.  bergambar bersama dengan State Manager.  Thanks En Nat yang sudi hadir.

Okeylah... Cik Siti berikan link untuk apa yang berlaku malam tu.... TMpoint Kepong annual Dinner

korang tengoklah sendiri....

Nampaknya dah terlebih membebel ni.... semua gambar tu ehsan dari supervisor Cik Siti. Puan Reniah... Terima kasin dengan gambar-gambar tu....

okey.... adios.... sweet dream semua....

Cendol darat

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, June 09, 2013 | 4 Comments so far
                    Tak jumpa gambar cendol darat tempekkan gambar ni pun jadilah ye.... (Ehsan dari google)

Selamat Hari Minggu...

Hujung Minggu begini apakah agaknya menu kalian? Menu Cik Siti hari ni udang masak lemak kuning, Sup ayam, sambal telur dan sambal belacan kedondong. erm.... sebut tentang makan yang sebenarnya Cik Siti teringatkan nenda Cik Siti yang bercerita tentang cendol darat. Puaslah Cik Siti google macam mana rupa cendol darat tapi tak ada!

Rasa-rasa semua orang mesti tak pernah dengar cendol darat ni kan? Cik Siti yang 36 tahun hidup pun belum pernah tengok apa lagi nak merasa.  setakat dengar dari mulut nenda dan bonda Cik Siti je. Biasanya cendol darat ni dibuat bila anak kecik yang baru cecah tanah.

Bonda kata sedap.  Bila nak suruh bonda buat, bonda kata "jangan nak mengada.  Bukan senang nak buat dia."

Apa yang Cik Siti gambarkan dan apa yang dicerirtakan oleh nenda Cik Siti, rasanya lebih sedap lagi cendol yang ada sekarang ni (nenda kata yang sekarang ni dia orang panggil cendol laut) pulak dah...

banyak bezanya dengan kedua-dua cendol ni.  cendol yang sedia ada guna tepung beras.  cendol darat? cik Siti tak pasti.  katanya bercampur dengan tepung pulut. pas tu... cendol sekarang ni kita tekan tepung yang mana bawah tu air sejuk kan?  yang cendol darat ni pulak kita kena tekan atas periuk yang dimasak dengan air gula melaka.  panas tu! Tapi yang bestnya.... cendol darat ni tak pakai santan.  Entah Cik Siti pun tak pernah nak tengok macam mana rupanya cendol darat ni.

Cik Siti tanyalah juga.  ajarlah macam mana buat.  mana tahu Cik Siti boleh buat  jual.  gerenti orang mesti beli.  bukan ke pelik namanya.  Cendol darat.

sekali lagi.... "bonda kata... dah jangan nak mengada..." huhuhu.... teringin pulak nak tengok macam mana agaknya cendol darat ni.

#Teringat dulu masa kecik-kecik kalau bulan puasa nenda Cik Siti suka buat cendol sendiri.  Cik Siti yang masih kecik time tu cukup suka tengok cendol yang keluar dari tempat tekan tu.

Erm... panas-panas macam ni kalau penkena cendol tapai sedap juga!

Penatian Satu Penyiksaan

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, June 07, 2013 | 5 Comments so far
Selamat Malam semua...

Erm.... susah nak diungkap dengan kata-kata....

Lembut bicara penuhnya kata,
Bicara indah tersusun madah,
Kalau nak tidur, tidurlah mata,
Bolehku bermimpi, mimpi nan indah.

Duduk berehat di tepi perdu,
Pohon ketapang di tepi titi,
Kalau rindu katakan rindu,
Tindaklah aku menati-nanti.

Rindu hati tiada tertahan,
Sedih hati menjadi hiba,
Mengapa menjadi pungguk di dahan,
Menanti bulan jatuh ke riba.

Okey.... Tak pun layan yang ini...

Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti

Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu

Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana

Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula





Yang sebenarnya....

Kutanam selasih rapat-rapat,
Boleh ku simpan di dalam peti,
Kalau dapat katakan dapat,
Tidaklah  terasa debaran hati.

Huhuhu.... menatikan keputusan bagaikan buah yang masak tiada gugur! Keputusan temuduga 3 bulan lalu untuk kenaikan pangkat masih lagi tanda tanya.

Memang betul kata orang, penantian itu satu penyiksaan.

Cik Siti dirujuk semula?

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, June 05, 2013 | 7 Comments so far


Hai! Hai! Hai! apa khabar semua?
lama tak mencoret di dalam teratak ni.  ada sesiapa yang  rindu tak? erm.... rindulah sangat.  sudahlah tenggelam celup membebel dalam blog ni, ada hati lak perasan orang rindu dengan blog kita ni.
okey, sekali lagi.... jangan salah sangka dengan tajuk yang kat atas tu.  bak kata orang, satu perkataan boleh menggambarkan macam-macam ye tak?

ingat tak dulu yang Cik Siti kata yang Cik Siti dilepaskan jawatan sebagai pembantu ketua hasil? nampak gayanya, Cik Siti bakal dirujuk semula.  Boss dah beri hint bila surat bakal dikeluarkan.  Kenapa?  ada sebab yang tersendiri yang  boss Cik Siti ambil keputusan tu.  Ada juga boss Cik Siti hebahkan untuk jadi Pembantu ketua hasil untuk menggantikan yang sedia ada, tetapi semua tak sanggup.

Jadi.... Cik Siti akan kembali seperti dulu.... dan jawatan cik Siti sekarang? Sebagai admin?  kita tunggu dan lihat.

Hahaha.... nampaknya penangan orang lama ni memang kuat. (Eh, ada kena mengena ke?)


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page