Menangis tak berlagu...

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, October 19, 2011 | 4 Comments so far
wordless tu ada kena mengena dengan Cik Siti sekarang ni.... hujan yang lebat tu ibarat air mata Cik Siti sekarang ni.wa....wa.... blog tinta pena Cik Siti dah hilang, konon nak u/grade jadinya dah kosong! semuanya kosong. dari entri hingga ke follower Cik Siti... jadinya.... terpaksa bermula daripertengahan... walau pun jatuh yang pasti Cik Siti akan bangkit untuk meneruskan perjuangan!

Hidup Bayu Kenangan! opsss, Hidup teratak pena!

Da.... hati tengah gundah gulana...

#7wordless wenesday

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, October 19, 2011 | 3 Comments so far

Kredit by google

Lirik Lagu: Mengapa Sepi Tanpa Berita

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, October 17, 2011 | 2 Comments so far
Hari ni hari isnin.... masa Cik Siti nak selitkan lagu... jom layan lagu kumpulan Steps lagu Mengapa Sepi Tanpa Berita.... memang best lagu ni...

Steps (Ismail Ahmad Nawab / Juwie)

Mengapa Sepi Tanpa Berita

Sejak kepergian mu
Fikiran ku sering terganggu
Perasaan makin rindu pada mu
Saban malam ku terkenang
Saban hari terbayang
Setiap saat ku menunggu
Hati ku tertanya-tanya
Apa khabar kau di sana
Mengapa sepi tanpa berita
Kirimkanlah berita mu
Walau sebaris ayat
Buat penawar rindu ku

( korus )
Masihkah kau ingat diri ku di sini
Seorang insan yang pernah kau sayangi
Bagi diri ku tak mungkin melupakan mu
Kerana ku masih menyintai mu
Masihkah kau ingat
Suatu masa dahulu
Betapa indahnya percintaan kita
Lupakah engkau pada peristiwa itu
Kini kau berubah hati


Hi Hi Hi Selamat Pagi!!!!

Siti Norshimah Md Yasan | Saturday, October 15, 2011 | 2 Comments so far

Pantun dulu-dulu....

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 14, 2011 | 1 Comments

Kredit by google

Hari ini hari jumaat. kalau ikut task hari ni berpuisi lak... apa kata kita kenang kembali pantun dulu-dulu... kalau masa STPM bukan main gila nak ingat pantun-pantun tu... Cik Siti curahkan balik mana yang Cik Siti ingat dan popular sampai sekarang ni...

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Kelang kelip ku sangka api,
Kalau api mana sumbunya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.


Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah hinggap di pohon nangka,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah dengan adat pusaka.

Okey.... kepada sesiapa yang ada pantun dulu-dulu boleh join sekali....

#6 wordless wenesday

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, October 12, 2011 | 3 Comments so far

kredit by google

Kesihatan Untuk Mata....

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, October 11, 2011 | 7 Comments so far

Rasanya memang sudah ramai yang tahu akan cara-cara untuk menjaga kesihatan mata termasuk pemakanan dan penjagaannya. Informasi ni Cik Siti layari dari sesawang google... Jom kita lihat apakah pemakanan yang sesuai untuk menjaga mata kita...

apa yang penting adalah pengambilan vitamin A adalah penting dalam menjaga mata kita...
Ianya bukan setakat buah-buahan dan sayur-sayuran malah ada juga piramid makanan lain yang turut membantu dalam menjaga kesihatan mata kita yang mana kebanyakkan memberi rangsangan yang baik.

jom lihat piramid makanan yang boleh elok untuk kesihatan mata kita:

1)Vitamin A
-hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega.
-lobak merah, bayam, kubis, avokado dan tomato


2)Vitamin B kompleks( terdiri dari vitamin B1 dan B2)
kekurangan vitamin B boleh menyebabkan mata berair, keletihan mata dan sensitif pada cahaya.
Vitamin B1- yis, bijirin, kacang, daging dan hati
Vitamin B2- bijirin, hati dan sayur segar
Vitamin B12- hati, susu, telur dan daging

3)Vitamin C
Mengelakkan katarak akibat diabetes
-limau dan sayuran segar seperti kobis

4)Vitamin D dan E
-adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin


5)Protien
ianya ada kaitan dengan rabun jauh. protien yang cukup boleh mengelakkan rabun jauh.
-daging, telur, ikan, ayam dan susu


okey.... ini saja yang boleh Cik Siti beri.... yang penting jangan terlalu lama di hadapan skrin komputer terutama yang cerah backgrounnya sebab itu adalah salah satu menyumbangnya kepada rabun. Macam Cik Siti. Nak tunggu gaji sebelum berjumpa dengan doc mata.

Task!

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, October 10, 2011 | 2 Comments so far

Minta maaf.... lama tak jengah di teratak ni.... lagi pun letih baru balik dari Langkawi tempoh hari. Dah lama tak jejak kaki kat sana. Last sekali tahun 1993 masa cuti sekolah. nak kata seronok sangat tu tak adalah sebab puteri Cik Siti si Abby demam le pulak.... balik dari sana barulah dia sihat. dalam bas pun dok merenggek je.... huhuhu....

okey le... yang sebenonya saja je Cik Siti nak letakkan task. supaya Cik Siti tak kering idea. ini dia yang dah Cik Siti listkan dan Cik Siti berharap ianya menjadi guide line Cik Siti... okey.... check it out!

ISNIN-LIRIK DAN LAGU.... (saja letak sebab monday blueskan?)
SELASA-INFORMASI (yang ini Cik Siti kena belajar dan kena banyak buat research)
RABU-WORDLESS WENESDAY
KHAMIS-KENANGANKU....
JUMAAT-PUISI
SABTU DAN AHAD-BEBAS...

Okey tak? atau pun tak perlukan task?

Kita....

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 07, 2011 | 3 Comments so far

Kita, selalu sahaja mencari kesalahan orang lain,
Tanpa melihat kesalahan diri sendiri,
Kita, selalu sahaja mendabik dengan kesalahan orang lain,
Tanpa memperbaiki kesalahan diri sendiri...
kenapa? sebab kita bernama manusia?
Kenapa? sebab kita berajakan nafsu?
dan percayalah.... bila kita menyalahkan orang lain
yang sebenarnya kesalahan itu berpunca dari kita.

BLUR.....

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, October 07, 2011 | Be the first to comment!
salam jumaat semua...

okey hari nak cerita sikit apa yang telah terjadi semalam. Customer blur dengan Cik Siti pun blur sama.

Okeylah.... cerita ni terjadi pada petang semalam lebih kurang setengah jam sebelum pintu opis nak tutup. datang seorang Pak Awang Hitam nak bayar. ting tong 1485(peringatan! ini nombor giliran dan bukannya no 4D ye) dengan senggeh yang meleret dia datang antara kaunter member Cik Siti. Cik Siti yang dok kaunter paling hujung melambai. tapi sia-sia. dia tak nampak dan terus senyum simpul dengan member Cik Siti.... tahulah anak dara, senyum sampai tak nampak orang lain. Cik Siti laung"Counter 8 please, sir" tak dengar. "Sir!" tak dengar. dia senyum lagi. so akhirnya bila member Cik Siti bersuara barulah dia datang dan duduk.

Dengan diaorang ni kena tangkap betul-betul sebab bahasa inggeris dia orang ke dalam sangat. Fifteen dengan fifty lebih kurang sama sahaja bunyinya.
"I want pay my internet." sambil berkata dia senggeh. Yang Cik Siti pun senggeh juga dan angguk. lama juga di tunggu tapi dia dok senggeh lagi.
"Did you bring your bill sir," dia blur....
"your bill sir" O.... barulah dia nak keluarkan bil dari beg duit dia. satu perangai dia orang ni, kalau nak bayar bil tak pernah yang nak bayar penuh. amaun yang paling popular... hundred!
bila scan bil dan tengok ada tunggakkan 185.00 , Cik Siti tanya:
"how much you want to pay sir?"
"eighty five." okey.... ikut.... 85 ringgit. pap! Cik Siti enter. pas tu tunggu. tunggu punya tunggu tak juga datang. dia senggeh lagi. pulak.... mambang mana yang dah rasuk dia ni. Cik Siti bersuara.
"Eighty five ringgit sir." dia senggeh. senyum macam tak ada apa.
"eighty five sir." tak ada reaksi. macam tu juga dia membatu.
"Sir...."
dan akhir sekali bila dah agak hilang sabar tu.... ini ayat yang dia betul-betul faham.
"Your money sir!"
"O.... money!" barulah dia nak keluarkan duit. mungkin dia ingat boleh bayar bil dengan senyuman kot? huhuhu memang rasa geram pun ada. Cik Siti bagi balik bil tu dan dia berlalu dengan sentiasa tersenggeh... pelik! sakit ke dia????
jadi blur pulak lepas tu.... dia yang blur dengan kita-kita sekali pun blur juga....

Apakah Ini Tandanya?

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, October 05, 2011 | 6 Comments so far
salam semua... nampak dah bersarang sangat teratak Cik Siti ni.

Bukan apa, anak nak peksa akhir tahun itu yang sibuk dengan dia tu. Tak lama lagi dah nak peksa, tak tahulah dia boleh buat atau pun tidak. yang penting usaha.


Selain dari itu, ada sebab kenapa Cik Siti kurangkan blogging ni.
sebab apa? kesihatan mata yang tidak mengiszinkan. bukan sebab sakit mata,
sebab sekarang ni Cik Siti nak baca papan tanda yang jauh seratus meter dah
berdouble lak. huhuhu apakah ini tandanya yang Cik Siti akan rabun jauh?

Mahukan tidak, saban hari Cik Siti mengadap komputer selama 12 jam di opis. lepas tu luangkan masa lak kat rumah satu jam. mahu mata tu tak nak angkat bendera putih. letih katanya. kalau dia boleh bercakap mahu sahaja dia melaung "AKU NAK REHAT!!!!!"

Minta maaflah kalau sejak akhir ni aktiviti Cik Siti berkurangan. Hish! macam biskut, kan Cik Siti ni....apa pun kepada yang sudi singgah terima kasih banyak-banyak....

MISS U....

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, October 02, 2011 | 4 Comments so far

Cik Siti Sayang dengan BLOGGGG NI>>>>> RINDUNYA>>>>>>WA>>>>><<<<<
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page