Berehat Sebentar

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, July 12, 2011 | 3 Comments so far
Maaf kiranya Cik Siti dah lama tak coretkan cerita dalam blog ni. yang sebenarnya Cik Siti akan menerima kerja baru dan Cik Siti terpaksa manage untuk masa terdekat ni. al-hamdulillah Cik Siti terima berita baik untuk temuduga yang telah Cik Siti tempuhi tempoh hari. untuk dua bulan ni mungkin aktiviti blog ni Cik siti kurang dari biasa sehingga kerja cik Siti stabil.... walau bagaimanapun Cik Siti rindu nak jenguk blog yang biasa Cik Siti jengah... jangan merajuk ye.... ada masa Cik Siti akan updated juga...

Kenangan Mengusik Jiwa... Maktab Adabi Maharani (MUAR)

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, July 01, 2011 | 2 Comments so far
Ermmmm dah lama betul tak coret kat rumah ni... kesian yang mana datang bertandang tak ada cerita yang nak kongsi... buzy sikit sejak kebelakangan ni... dok cover supervisor Cik Siti cam tak larat satu badan... sekarang ni dah okey sikit... tu yang nak membebel kat sini.

Kenangan mengusik jiwa.... entah mengapa kenangan masa Cik Siti tingkatan 6 memang banyak meninggalkan kesan. mungkin sebab dengan persekitaran yang serasi buat kita membuatkan sampai sekarang memang susah nak lupakan...



okey, ari tu Cik Siti cite pasal pergi KL kan? ha... sekarang Cik
Siti nak cerita pasal kem motivasi yang dibuat masa Cik Siti tingkatan 6 atas
tahun 1997. memula tu rasa macam e... tak bestnya! kem tu dibuat di
kawasan pentenakan Air Hitam. perjalanan dari Muar ke Air Hitam mahu juga
2 jam. yang bestnya.... bas tu satu nak kongsi lebih 50 orang pelajar!
Hish! kalaulah JPJ tahu muatan lebih mahu kita orang kena turun bas jalan
kaki.

Dalam bas mana yang badan tu comel dan ramping merasalah duduk bertiga. mana yang badan yang sedap-sedap tu faham sendiri le... duduk berdua... wah bestnya! Cik Siti duduk berdua memandangkan badan Cik Siti pun sihat. Yang tak boleh lupa, bebudak lelaki yang membentang tikar dan duduk bawah! Yang member pelajar lelaki dok atas periuk. masak.... ada yang yang ikut balik nanti....

sampai sana saujana mata memandang. tasik yang luas dan kawasan yang lapang dihiasi pohon hijau memang mengasyikkan. tapi.... yang tak bestnya.... khemah perempuan dekat dengan kandang kuda! oh no! hari pertama pembahagian kumpulan ternyata memang kelas Cik Siti diberi kepada 3 kumpulan dan Cik Siti berada dikumpulan ketua kelas Cik Siti. Si Zizie. meh sini Cik Siti nak kongsi rahsia sikit... dalam kem itu tak boleh guna nama. sebab setiap seorang akan dibekal dengan nama gelaran yang ada. Yang best sekali Zizie... sambil mendabik dada dia kata "Akulah raja segala buah.... akulah buah durian...ha...ha..." eleh... kalau dah jadi tempoyak timun yang lenyek dia...



Nama Cik Siti ni memang best. sampaikan lepas kem tu bebudak junior(lower
six) lekat dengan gelaran Cik Siti. Kalau En Tehr dengar ni mesti gelak
besar punya.... sebab nama gelaran Cik Siti adalah... TEH! dah le bebudak ni
panggil Cik Siti Kak Teh...Kak Teh... lekat lak tu... tak kisah le teh ke kopi
ke... yang penting happy.

kenangan yang tak boleh lupa.... bila jungle tracking untuk masuk hutan dan pada saat tibanya di kawasan paya.... kedengaran bunyi jeritan pelajar perempuan membuatkan Cik Siti dan ahli kumpulan Cik Siti dok tertinjau sebab kita orang kumpulan yang last! debaran demi debaran dan bila sampai di kawasan paya Cik Siti tak jerit tapi Cik Siti gelak! sebab paya tu paya kering! ha...ha...ha... tak challenging langsung!



bila dah jadi kumpulan yang last.... mulalah kami ni lebih memberi tumpuan.
ya! tumpuan bermain di belakang! dan sampai masa bila diberi projek kita orang
menganga. tak faham satu pun... padan muka. tapi tak pe.... Zizie
selaku ketua kumpulan pujuk... "TIADA LAIN YANG ISTIMEWANYA JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN PERSAHABATAN KITA"... dan sampai masa bebudak AJK yang merangkap bebudak geo berbulu dengan kita orang... kata-kata tu memang tak lekang dengan zizie terutama sekali masa kaki Cik Siti terseliuh tersadung batu... dan ahli kumpulan Cik Siti telah diarahkan meninggalkan Cik Siti kerana sebab Cik Siti perjalanan akan menjadi lambat dan markah akan ditolak. nak menangis masa tu... tapi... leader tak nak tinggalkan Cik Siti. begitu yang lain... pastu apa lagi? Cik Siti kata "Padan dengan muka kau!"

Bila Cik Siti tembak di wall FB Zizie dan ungkit balik apa yang dia kata, dia gelak. "ingat lagi kau ye... aku ingat kau dah lupa... aku memang tak boleh ingat... tambah-tambah pada aku panjat pagar nak cari klu untuk mencari harta karun."

bila kenangkan ada pahit dan manisnya.... dengan kaki terseliuh kena berlari... lepas tu kena simbah dengan air pukul 5.00 pagi mencari selipar dalam gelap gelita.... pahit manis yang punyai nilainya......
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page