Keperluan Atau Kehendak?

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, February 25, 2011 | 4 Comments so far

Kredit dr google

salam semua.... Keperluan Atau Kehendak? Kedua-duanya berkait rapat dengan kehidupan dan keinginan kita. Keperluan adalah kata dasar 'perlu' yang mana ianya perlu untuk kita. kehendak adalah kata dasar 'hendak' atau keinginan. Namun apabila dunia kian maju, kebanyakkan yang menjadi kehendak pada 30 tahun yang lalu kini menjadi satu keperluan.

Telefon? TV? Kereta? semuanya kehendak di satu ketika dulu. Bak kata orang kalau seseorang itu ada salah satu dari kehendak itu dipanggil OKB(orang kaya baru). Telefon orang tak kisah pun ada atau pun tidak untuk 30 tahun dulu. sebab adanya surat atau perantaraan telegram. dan kini telefon menjadi satu keperluan. kalau tiada telefon alamat tidak bermakna hidup ini. silap haribulan orang akan ketawakan kita pulak kalau tak tahu apa itu telefon.

Namun dalam erti kata ianya menjadi satu keperluan namun tersirat kehendak yang boleh menjerat diri kita sendiri. Ada masa kehendak itu datangnya dari nafsu untuk memiliki. Telefon... adakah kita akan memilih Nokia 3310 atau pun N7 menjadi pilihan hati? TV Cik Siti yakin hampir kebanyakkan rumah mempunyai 2 buah TV. namun yang manakah menjadi idaman hati? TV yang beratnya memerlukan tenaga 2 orang atau pun LED yang yang boleh membuatkan kita asyik memandangnya?

Kini ada masanya kita menjadi keliru. kehendak atau keperluan.... memang benar ianya keperluan namun adakah ianya benar-benar kita perlukannya atau kita hanya memandang kehendak yang akhirnya kita sendiri merungut. biarlah ianya mengikut kerak nasi kita ye....

keperluan atau kehendak? keperluan atau kehendak?

Note: Kehendak atau keperluan? Ferrari atau Kancil? ermmmm kalau Cik Siti pilih ESTIMA....

Kita pasti akan tua

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, February 24, 2011 | 4 Comments so far

Minta maaf kalau tak dapat nak sambung cerita. nanti tunggu en3 yang seterusnya Cik Siti akan teruskan kenangan dalam menjadi CSR. namun apa yang Cik Siti nak kongsi hari adalah pengalaman Cik Siti sendiri. menjadi front liner bukan suatu perkara yang mudah. berhadapan dengan orang ramai ada masa membuatkan perasaan kita bercampur baur. namun cerita ini dijadikan tauladan atau boleh dijadikan renungan.


seperti biasa Cik Siti duduk kaunter dan bila nombor giliran dipaparkan datang seorang makcik yang jalan agak perlahan. jadi Cik Siti tunggu dan bila dia duduk dia berikan nombor dan Cik Siti layannya seperti biasa. kesian juga melihat wanita yang sudah pun melepasi umur 60 tahun itu.


Bila makcik itu balik dan beberapa pelanggan sudah berurusan dengan Cik Siti maka kemudian datang seorang hamba allah wanita melayu yang berusia dalam lingkungan 40-an datang. duduk sahaja dia terus bertanya


"Betul ke nombor ni jalan?" Sambil dia menunjukkan nombor giliran.

Cik Siti angguk dan agak pelik.


"Makcik tu tekan nombor tu selepas saya. macam mana dia boleh masuk dulu?" Cik Siti terdiam sekejap. Seingat Cik Siti nombor yang diberikan makcik tadi memang sama dengan keypad Cik Siti.


"ye ke puan? setahu saya makcik tadi dia ada beri nombor pada saya. kalau saya silap minta maaf. tak mengapalah puan. lagi pun dia pun dah berumur."


dia tekankan lagi. "Makcik tu dibelakang saya. saya yang tekan nombor dulu. selepas tu baru dia tekan nombor. saya bukan apa, tanya je. mana tahu nombor ni jalan tak betul." beristifar sekejap Cik Siti. oleh kerana seorang makcik yang sudah berumur dia mempertikaikan? apakah dia tidak fikir kalau berlaku kepada ibunya sendiri? apalah dia tidak fikir yang dia akan muda selamanya?


kalau betullah makcik tu yang salah dan Cik Siti yang silap.... Cik Siti
adalah seorang manusia biasa. mungkin ada silap Cik Siti. tapi Cik Siti tak
sampai hati pulak nak beria-ia tanya makcik tu dan suruh dia duduk semula
semata-mata dia tersilap nombor. Kalau kita sudah tua, mata kita bukannya terang
untuk umur sehingga seratus tahun. kita yang muda ni pun kadang kala tersilap
pandang apalagi insan warga emas yang sudah berusia?


"mungkin ada pelanggan lain yang berikan nombor yang lain." Cik Siti cuba sedaya upaya untuk pertahankan. namun kali ketiga dia mempertikaikan.


"saya tekan dulu nombor sebelum dia." Cik Siti diam dan tidak menjawab. perasaan Cik Siti masa tu kecewa ada sedih pun ada. Bukan lama pun makcik tu berurusan dengan Cik Siti. tak sampai lima minit pun. Cik Siti fikir tidak ada belas ke pada hatinya melihatkan seorang makcik tanpa ditemani sesiapa berjalan sebegitu jauh dengan menaiki teksi? andai terjadi apa-apa?


tidak pernah terfikirkah olehnya andai itu ibunya sendiri? tidak pernahkah
terfikir andai itu terjadi pada diri sendiri untuk masa hadapan? tidak pernah
terfikirkah kita ini adalah sementara didunia ini? segala yang ada pada diri
kita, harta kita adalah pinjaman semata?


dan bila saat di suatu hari nanti ianya akan terjadi kepada kita jangan
disalahkan orang lain... berpalinglah mungkin kita pernah membuat salah. mungkin
Cik Siti salah dengan prosuder... tapi Cik Siti menang dengan keinsanan. Cik
Siti kesal insan yang bagaikan ibu itu sanggup berkata sedemikian.


Note: sampai sekarang masih terasa telinga dengan kata-kata pelanggan itu

pahit manis sebagai CSR

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, February 22, 2011 | 1 Comments
berjumpa lagi semua.... kali ni Cik siti nak ceritakan sikit tentang pahit manis Cik Siti sebagai CSR(Customer Service Representative) dalam bahasa melayunya adalah wakil khidmat pelanggan. Cik Siti jadi CSR 11 tahun. dah kumpul banyak pengalaman. tambahan pula dengan kehadiran pelanggan yang Cik Siti temui lebih kurang 150 orang sehari. itu sehari. kalau seminggu? sebulan? setahun? sepuluh tahun? setiap seorang lain ragamnya. nama pun manusia. Rambut sama hitam. hati lain-lain. pahit manis semuanya dah jadi rencah kehidupan ni. dipuji dan diherdik bagaikan dah sebati dengan telinga ni. hanya satu perkataan yang harus dipegang. "SABAR".

Tarikh Cik Siti masuk 17/4/2000. masa tu di Melaka. Pelanggan di sana agak berhemah sikit. Susah nak tengok diaorang marah-marah. kalau dengan permohonan di kawasan kampung tu mereka memang peramah. dan kadang-kala Cik Siti dok melayan juga. Tambahan pula nak pasang telefon tu alamat tak dijumpai. maka dengan penuh direction setiap inci jalan diterangkan.

"Ala nak... rumah Mak cik tak jauh dengan simpang jalan besau. lepas sekolah masuk simpang. nanti jumpa rumah Imam. lepas rumah Imam tu masuk kiri. jangan masuk kanan. kanan tu tanah wakaf. dah masuk kiri tu ada hutan sikit. lepas tu masuk kiri lagi. nampak rumah warna merah jambu terus belakang tu rumah makcik." erm.... makcik tu cerita macam Cik Siti duduk satu kampung dengan dia. macam Cik Siti tahu mana rumah Imam. dalam dok cerita tu tangan ni tak berhenti dok melukis peta. betul ke tidak Cik Siti pesan kalau jumpa simpang tiga tu tawakallah... agaknya makcik ni ingat Cik Siti yang datang pasang.

Biasanya kalau kawasan kampung Cik Siti lebih suka kalau tanya nama yang biasa digunakan. kadang-kala kalau guna nama penuh orang tak kenal. jadi bila dah ada nama timang-timangan tu senang le nak mencari.

pengalaman Cik Siti meniti pulak ke KL. kat sini yang paling mencabar. kebanyakkan pelanggan datangnya dari latar belakang yang lebih educated. saban hari ada saja pelanggan dari luar. Sebut je negara mana. German? Perancis? Italy? Jepun? China? macam-macam ada.... kalau asia tenggara atau asia tak jadi masalah. yang pening dengan German dan perancis. slang English dia Cik Siti kena sebut 'Pardon' beberapa kali. ada masanya Cik Siti tak faham langsung. dan akhirnya Cik Siti angguk macam burung belatuk. yang penting Cik Siti faham apa yang dia nak. bahasa bunga-buga tu ada masa Cik Siti simpan nak memahamkan.

lepas di KL Cik Siti pindah kat Kepong. memang area KL tapi kat sini majoriti kebanyakkannya cina. Sebab itu anak-anak Cik Siti keluar semuanya cam cina. Kalau kat sini Cik siti suka layan auntie dengan uncle sebab mereka ni suka tanya maksud bahasa melayu. ada seorang uncle kalau datang mesti dia bertanya sekurang-kurangnnya 5 perkataan bahasa melayu untuk dapatkan maksud.

"Uncle sudah tua... baru mahu belajar bahasa melayu. keci-keci tak boleh belaja manyak susah."
"Tak apalah uncle... mana saya tahu saya ajar." Cik Siti senyum.

yang puji tak banyak yang dikeji melambung.
"ini kerja kamu semua... memang tidak tak halal gaji yang awak makan." dush! sentap....

hish! dah panjang melalut ni.... nanti Cik Siti sambung lagi ye....

Mengapa Dinanti Bulan Yang Jauh

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, February 21, 2011 | 2 Comments so far
wah.... tajuk kat atas tu tak menahan. Mengapa dinantikan bulan yang jauh entahkan merenung pungguk di dahan. Mengapa dinantikan bulan yang jauh tingginya tidak tergapai tangan. Tersiratnya kehidupan ukurlah dari badan sendiri. kelak terjerat diri sendiri. tidak salah menanam angan tidak salah mengayam impian, yang penting kita boleh lakukan selagi tidak melanggar prinsip hidup ye... Mengapa Cik Siti berkata demikian? Sebab kita sebagai manusia memang tidak lari dengan nafsu. maksud Cik Siti nafsu membeli... nak kata Cik Siti ni merempat idakle.... tapi hajat hati bak kata orang.

Kalau diikutkan hati, mati. tidak semua yang kita hajati akan kita
miliki. sering kali terhalang dengan masalah kanan dan kiri. hingga
satu masa kita seperti menantikan sesuatu yang tak pasti. sejak dulu hajat
hati tidak pernah dipenuhi. seringkali ingin dimiliki ada sahaja masalah
yang menanti.

Bak kata orang tak salah kalau menyimpan angan-angan...sebab itu membuatkan
kita berusaha mendapatkan. namun kita tidak boleh lupa kita bukan
keseorangan...

huhuhu.... tinggi sangat ke impian Cik Siti nak dapatkan IPad dengan Notebook Apple?

Note: Jangan mare ye... sekadar luahan perasaan...

Gambar dulu-dulu

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, February 20, 2011 | 3 Comments so far



Cuba teka dah berapa lama usia gambar ni? Yang Cik Siti ingat gambar ni diambil masa pertunangan mak sedare Cik Siti. Bayangkan sekarang anak dara die pun dah 18 belas tahun. ha...ha...ha... gambar ni dah berusia 20 tahun. lama kan?

Nak tahu siapa yang ada dalam gambar ni? yang pasti gambar Cik Siti langsung tak ada. sebab masa tu Cik Siti sibuk le... masa tu umur Cik Siti form 2. (pecah rahsia Cik Siti)

Jom Cik Siti kenalkan model-model dalam gambar ni....

Yang baju hijau paling kiri tu le Cik Abang Cik Siti...(malu-malu kucing cik Siti) baju merah yang tak nampak muka tu adik ipar Cik Siti yang baju biru tengah tu jiran kampung cik Siti
Yang baju biru paling kanan Pak sedare Cik Siti yang sebaya
yang baju putih kolar jiau tu le adik Cik Siti yang bertunang ari tu. Cik Izzah... yang sebelah kiri tu sepupu Cik Abang yang bakal tunang bulan 5 ni... yang belah kanan sekali tu pun sedare juge. Encik wahab namanya,
Perasan tak yang baju merah tu? itulah pengantin baru yang baru melangsung perkahwinan masa cuti tahun baru cina ari tu.... ala... post yang pernah Cik Siti publish sebelum ni. yang baju hitam tu sepupu Cik Abang yang baju biru tu pak sedare Cik Siti yang kini berada di arab yang sebelah tu sepupu Cik Siti dan penghabisan sekali yang gigi tak cukup korum tu adik bongsu Cik Siti.... Cik Nurul...


Bila tengok gambar kadang-kala Cik Siti tersenyum sendiri.... betapa seronoknya zaman kanak-kanak ye.....

Note: rasa macam nak undur masa kanak-kanak...

Taare Zameen Par

Siti Norshimah Md Yasan | Saturday, February 19, 2011 | 6 Comments so far

Ha, kali ni Cik Siti nak cite pasal filem hindustan ckit. kalau dulu-dulu Cik Siti memang syok dengan filem-filem hindi ni. Namun lately mungkin sebab bekerjaya nak tengok pun pilih cerita. namun ada satu cerita ni yang Cik Siti rasa banyak pengajarannya. ianya bukan cerita cinta seperti mana hampir 90% mendominasi filem hindi atau pun filem kekeluargaan selalu mengalirkan air mata namun ianya adalah satu filem kemasyarakatan yang sesuai ditonton semua golongan. no seksi-seksi, no cintan-cintun. Taare Zameen Par itulah cerita yang Cik Siti maksudkan.

Cerita berkisar tentang seorang kanak-kanak yang berusia 8/9 tahun yang istimewa bernama Ishaan. imaginasinya yang tinggi dan gemar melukis membuatkan ayah dan ibunya sering pening kepala. setiap yang diajar oleh guru tidak pernah difahami olehnya. dia sering didenda oleh guru dan diejek oleh rakan membuatkan dia sering ponteng sekolah.

Dengan pencapaian yang tidak memuaskan, ayah dan ibunya mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke asrama penuh agar dia lebih berdikari. di sana telah ditemukan oleh seorang guru muda Nikumb(lakonan amir khan) yang mengajar matapelajaran lukisan. Nikumb berpendapat lukisan adalah salah satu cara untuk melakarkan emosi kita. dia berpendapat Ishaan bukanlah seorang kanak-kanak yang pelik atau pun bodoh, namun Ishaan adalah seorang kanak-kanak istimewa yang bijak.

kemampuan Nikumb untuk membantu Ishaan ada masanya dipandang rendah oleh ibu bapanya sendiri. Dalam diam Nikumb mengajar Ishaan kelas tambahan dan sedikit sebanyak dia mengajar kanak-kanak itu percaya akan diri sendiri. akhirnya Nikumb mendapat idea dengan mengadakan pertandingan lukisan terbuka kepada guru dan murid.

Di situlah apabila nama pemenang diumumkan Ishaan telah pun memenangi akan pertandingan itu dan mengalahkan gurunya sendiri membuatkan dia bangkit dari bulatan ketakutannya. betapa dia sedar bahawa setiap insan yang lahir di bumi ini punyai keistimewaanya yang tersendiri....



Kejayaan buat Ishaan bukan sahaja memenangi pertandingan itu, malah dia juga mendapat pencapaian yang baik dalam akademik. dia juga telah memenangi akan rasa takut dan rendah diri dan lahirlah kegembiraan yang tidak pernah digambarkan....

jom layan sedutan dari filem tersebut



Note: dah 3 kali tengok memang tak bosan...

kenangan pahit sebagai batu landasan kepada kejayaan

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, February 18, 2011 | 2 Comments so far
amboi.... panjang bebeno tajuk en3 Cik Siti kali ni. Sudah tentu setiap manusia yang ada dimuka bumi ini punyai kenangan pahit sepanjang hidup mereka. Tidak kira kenangan pahit tentang kehilangan dan juga kenangan pahit dengan kehidupan. pernahkah kita terfikir akan kenangan pahit itu merupakan titik tolak kepada sesuatu kejayaan?

Tanggal 5 Februari 1997 adalah tarikh saat Cik Siti kehilangan ayah tersayang. saat ingin perlukan kasih sayang seorang ayah Cik Siti menjadi yatim dalam usia 17 tahun. saat perlukan perhatian untuk mendapatkan kejayaan ayahda pergi mengadap illahi. walau patah hati dan berendam air mata namun itu bukan penyelesaiannya. Cik Siti tahu setiap yang berlaku ada sebabnya. Mungkin.... ini akan menjadikan Cik Siti lebih matang selaku anak yang pertama.

kejayaan Cik Siti tidaklah dengan tinggi pendidikannya, bukan tinggi jawatannya... namun Cik Siti merasakan kejayaan Cik Siti melihat kejayaan adik-adik yang kini lebih berjaya. ini yang Cik Siti impikan selama ini... Cik Izzah jurusan kejuruteraan dan berkhidmat dalam CTRM dan Cik Nurul dalam jurusan perniagaan dan berkhidmat dalam SSM membuatkan Cik Siti tersenyum bangga. Apa yang Cik Siti harap semoga kejayaan terus bermakna....

Header Baru

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, February 17, 2011 | 4 Comments so far
En3 kali ni Cik Siti nak kongsi bagaimana rasanya jika kita berjaya melakukan sesuatu yang selama ini kita idamkan... Yang sebenarnya dah lama Cik Siti download Adobe sebab geram tengok blogger yang berjaya buat header sendiri. masa minggu lepas semasa Cik Siti bawa buah hati Cik Siti pada sepupu Cik Siti untuk tengok-tengokkan maka Cik Siti suruhlah dia tengokkan adobe yang dah lama download tapi tak boleh nak bukak. jadi.... bila dia dah godek semuanya dan Cik Siti dah boleh buat Adobe tu, maka Cik Siti buatle dengan usaha sendiri.... buat try and error... mahu juling biji mata ni...


Ini hasil yang pertama yang Cik Siti dah buat. Cik Siti tak puas hati dan Cik Siti godek lagi


Tada.... hasil yang Cik Siti dah buat seperti mana header sekarang ni... banyak lagi yang perlu Cik Siti belajar lagi...

Note: Nak tunggu adik Cik Siti minta dia ajarkan apa yang patut

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, February 15, 2011 | 4 Comments so far
Belum lambat lagi Cik Siti nak ucapkan Tahniah kepada pasangan kepada siti nurhamidah&fadhirul hayat(sepupu Cik Abang) yang melangsungkan perkahwinan pada Tahun Baru Cina yang lalu. Dan kepada orang kuat di belakang juga(orang dapur) nak ucapkan tahniah kerana bertungkus-lumus melancarkan lagi majlis perkahwinan ini.


Dua Merpati Sejoli... Semoga kekal keakhir hayat....


Inilah dia orang kampung... gotong-royong memang dah sebati dengan mereka...


Bonda Cik Siti dengan Mak sedare Cik Abang tengah menjala roti untuk majlis malam berinai...


Kalau nak tahu roti jala kalau dulu-dulu memang menu utama semasa malam berinai. namun sekarang ni agak berkurangan memandangkan ramai surirumah yang bekerja. Biasanya roti jala ni disemadikan dengan dal... mabeles....



Ini adalah gambar sedare-mare, sepupu-sepapat, cucu-cicit, bergambar bersama...



SELAMAT PENGANTIN BARU.....

Tahun ni nampaknya jadual Cik Siti agak ketat sikit dengan majlis seumpama ini... ini adalah permulaannya... yang lain:
Bulan 3-Rakan sekerja Cik Siti selain tu majlis ni Tanjung Malim.Rakan lama bonda Cik Siti.

Bulan 5-Sepupu Cik Abang bertunang

Bulan 6-Sepupu Cik Siti di JB akan melangsungkan perkahwinan

Bulan 12-insyaallah sepupu Cik Abang yang bertunang tu akan melangsungkan perkahwinan.

Bulan 1 tahun depan? Adik Siti nak kawin.....

Tahun yang sibuk....

Note: Gambar ni Cik Siti cilok dari FB sepupu Cik Siti Cik Nurul Shiemah... jangan mare ye... kalau nak tahu juga berkenaan majlis ni boleh juga layan blog Cik Nurul Shiemah ni.... jom terjah blog dia....

SEGMEN : Tanya sama BEN ASHAARI - VLOG2

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, February 14, 2011 | 6 Comments so far


Sekali lagi Cik Siti nak join segmen dari En Ben Ashaari. saje suka dari tak ada idea nak tulis apa. walhal banyak nak diluahkan. Segmen kali ini adalah 'Tanya Sama BEN ASHAARI.

Ada satu soalan yang diutarakan untuk EnCik BeN Ashaari....

Bagaimanakah dunia blog untuk 15 tahun akan datang dan adakah ianya realistik untuk sistem pendidikan negara?

Okey tak? layan jelah ye....

Note: sesiapa yang nak join jom cepat

CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, February 14, 2011 | 2 Comments so far


Kali ni Cik Siti nak join contest dari AyuRashidah. Contestnya senang je... buat ucapan atau karangan untuk ibu. jom kita tengok syarat-syaratnye...


1.Buat satu entri bertajuk : CONTEST SEMPENA 3 SERIES : AYURASHIDAH
2. Masukkan banner dalam entri anda
3. Buat ucapan atau karangan pendek untuk ibu anda kerana melahirkan anda.
4. Tag 3 orang rakan anda.
5. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen di bawah entri ini.
6. Follower ke bukan ke, mari lah join !
7. Tambahan : yang mempunyai alamat di Malaysia sahaja .... (atas2 sebab2 penghantaran haiah kelak)

Tarikh tutup: 25 Februari 2011


Inilah hasil yang telah Cik Siti lakarkan:

Kasihmu ibu
Bagaikan bayangku
Tidak pernah berpisah
Hingga putus nafas ini
Setiap uratku
Mengalir darahmu
Tidak pernah berhenti
Hingga tertutup kelopak mataku
Keringatmu ibu
Tidak dapatku bayar dengan permata
Atau emas selautan
Perkataan TERIMA KASIH
tidak dapat kutintakan dengan intan
Tidak dapat kuukirkan dengan berlian
Hanya keikhlasan menyayangimu
Yang dapat kuukirkan.....

Okey... 3 org bertuah yang bakal ditag adalah:

Cik Nahdatul
Cik Ain Zulaikha
Cik Nurul Shiemah

Note: Cik Siti jadi follower yang ke 140....

Cik Siti Kembali

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, February 14, 2011 | 1 Comments
Ihsan Encik Google

Betapa riang hati ini walau berbaur dengan kesedihan Buah Hati Cik Siti dah sah berpisah. la...la...la... lepas ni boleh le Cik Siti jenjalan dan updated blog ini.... da....

Note: Biar pendamkan dulu rasa sedih dan amarah... esok kan maulidurasul...

Kemaafan Yang Tidak Terhingga

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, February 10, 2011 | 2 Comments so far
En3 sedih kali ni.... jutaan kemaafan Cik Siti ucapkan kerana untuk sementara waktu ni Cik Siti terpaksa tidak dapat update dan blogwalking kerana masalah 'Buah hati' Cik Siti yang kena pinang dengan 'En Virus'. Cik Siti tak boleh nak online walhal streamyx Cik Siti memang tidak pernah nak buat hal. Nampaknya Cik Siti kena format balik Buah Hati Cik Siti tu... bulan ni pulak Cik Siti sengkek sebab OT tak nak bagi sumbangan lak. bulan depan baru dapat OT untuk bulan Jan. Huhuhu... Cik Siti memang nak minta maaf. Nanti kalau Buah Hati Cik Siti dah cerai talak tiga dengan En Virus Cik Siti update ye. ini pun dok tumpang online kat opis....

Belajau bahasa Melaka

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, February 02, 2011 | 5 Comments so far
Okey le.... En3 kali ni Cik Siti nak kongsi belajau bahasa Melaka. Bahasa ni agak kasau sikit dan kebanyakkan huruf 'R' bertukau menjadi 'U'. Rasa-rasanya ramai yang biasa dengan dengan ayat ni:

ULAU BELINGKAU ATAS PAGAU


Jom kita tengok perkataan yang paling popular dalam perbualan seharian warga Melaka.

Dak- merujuk kata ganti diri. Cth: dak Imah, dak Izah. perkataan ni asal dari perkataan BUDAK

Mangkuk Tepen-Ini merujuk kepada mangkuk tingkat

NAU-ini maksud dia over limit. cth ayat dia: "Banyak NAU kau punya nasi."

Lendat-maksud dia bergesel

Sojar- Ini orang tua-tua yang selalu cakap. sojar ni maksud dia askar dalam Inggersi soldier. nak cakap orang putih ambik singkatan je.

Mutan- merujuk kepada buah Rambutan

ghediyan-Ini pulak buah durian.

deras- cepat/awal

gomen-ini merujuk kepada goverment. nak senang cakap gomen.

satu lagi yang popular perkataan LE.... contohnya mari le... jangan le... buruk le....

kalau nak listkan memang banyak. Contoh lain:

AJAR-AJAU

MUAR-MUAU

BELAJAR-BELAJAU

SABAR-SABAU

BESAR-BESAU

KELUAR-KELUAU


Okey le.... kepada blogger yang mungkin jarang dengar bahasa Melaka ni kalau kata-kata agak kasau tu mintak maaf banyak-banyak le yek....

Note: Nak Melaka esok ni... sepupu Cik Abang nak kawen. riuh rendah le...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page