Teaming With Passion

Teratak pena | Monday, July 26, 2010 | Be the first to comment!
Ehsan Dr Encik GOOGLE

Kalau korang tengok gambar kat atas tu gerenti yang kata biar betul Cik Siti ni... ini dah kira 18 SG... tapi scroll dulu... baca dulu... jom terjah!


En3 kali ni cik Siti nak cite ckit sal krusus yang cik Siti kena gi ari sabtu dan ahad yang lepas (24&25 Julai). yang sebenarnya cik Siti rasa letih sikit sebab banyak games dan motivated yang dijalankan. sampaikan suara cik Siti pun dah sakit dan perit. bukan apa, dok menjerit sentiasa...

ari sabtu krusus bermula pada pukul hampir 11 pagi. berikan kumpulan dan saat itu dah jadi cam jejak kasih lak. yelah... mana rakan-rakan yang cik Siti tinggalkan pada tahun 2003 jumpa balik. banyak aktiviti melibatkan games, menyanyi dan menari... naik semput cik Siti dibuatnya. dan setiap aktiviti berkumpulan dan perseorangan akan diberi reward. paling murah 100,000.00 ringgit. dan yang paling tinggi adalah 1,000,000.00 ringgit(1 juta). nak dapat reward memang senang. kalau kita sertai apa aktiviti yang berikan kita akan dapat reward. maka bermulalah memasing nak kumpul 'duit'. yang tak bestnya sebelum balik ari sabtu tu kena buat assingment. macam dak sekolah lak. tak pe macam dalam krusus tu kata CHALLENGE!!!!!!! nah, penangannya cik Siti tidur kul 2 pagi. malas nak taip cik Siti tulis tangan je.

oklah... ari ahad tu kene serahkan essei yang kita buat malam tadi. (yang Cik Siti tidur sampai 2 pagi). WOW! caya tak caye Cik Siti dapat 1.3 juta.....he...he....he... hasil usaha yang berbaloi. Sepanjang krusus tu cik Siti dah kumpul sebanyak 2.8 JUTA ringgit. hish!hish! kalau duit betul yang diaorang bagi mahu tak yah kerja sepanjang idup cik Siti. 7 keturunan pun tak abis makan.

dalam krusus banyak yang cik Siti belajar..... macam mana nak terima cabaran, pasang strategi, hubungan dengan rakan, perubahan dan yang cik Siti paling suka adalah MENTAL WARRIOR.... peranglah segalanya... segalanya yang negatif dan segala musuh yang datang...

yang sebenarnya ada sebab lain yang cik Siti suka... sebab dapat Book Off 2 ari... best!best!he...he...he....

CHALLENGE..............
I CAN DO BETTER!!!!!!!!!!!

Cerita-ceriti semalam -21/07/2010

Teratak pena | Thursday, July 22, 2010 | 2 Comments so far
gambar sekadar hiasan

ok en3 kali ni cik Siti nak kongsi cite apa yang jadi semalam (21/07/2010). bukan apa, ari tu nyaris-nyaris punch kad cik Siti jadi merah. semuanya sebab hujan. nasib baik sampai kul 820 walhal kalau biasa cik Siti boleh sampai kul 745 pagi. jauhkan bezanye.... dah namamye KL kalau jalan x sesak bukan KL namanye....

oklah... semalam....
Cik Siti bangun pagi cam biasa-630 pagi
Cik Siti keluar rumah cam biasa-710 pagi
anto kat rumah pengasuh dan singgah di kakak cermin mata cam mana rutin Cik Siti bila hubby cik Siti keje malam.(beli mee goreng yang sedap)
Cik Siti naik bas cam biasa-730 pagi- Cik Siti panggil bas antie sebab driver dengan konduktor dia pompuan cina....
Bas Jalan pun cam biasa -730 pagi....

tak sempat antie tu nak merempit dengan bas dia..... o...la...la... belum sampai jalan besar dah jam. Cik Siti pun wat tak tahu sebab cik Siti pikir mungkin sebab trafic light nak keluar ke jalan besar. ala... pas trafic light tu ok le....
tp..... oh no! nampaknya nak KL memang jam. Fly over dari sungai buloh pun jam. sudah. tak gerak lak tu. jam dah nak dekat pukul lapan. cik Siti masih lagi kat kawasan rumah cik Siti!

tak boleh jadi... cik Siti bagi SMS kat ketua. mungkin lambat. yelah... dari dia tembak cik Siti baik Cik Siti tembak dulu. He..he...he... berdedikasi tul. memang dah jam, nak wat cam ne. dalam bas pun cik Siti berangan. bukan berangan nak dapat duit, tapi dok fikir cam ne leh jam cam ni. dan logiknye ialah:

1) mana mamat rempit yang selalu naik motor naik kereta ari ni sebab -Hujan
2)mana yang selalu kuar kul lapan kuar awal sebab-Hujan
3)mana yang bawa kete mesti bawa slow jalan licin sebab-hujan
4)memang waktu orang nak gi keje
5)Mak ayah ada yang nak anta anak sekolah.....

dah sampai sri damansara. driver bas dah tak tahan terus belok masuk dalam sri damansara ikut kawasan kilang. 'mana sanggup u mahu tunggu' wah! brutal lak antie ni. mana penumpang yang biasa turun kat flyover sri damansara tersenyum lebar sebab bas tu benti betul-betul depan kilang diaorang. he..he..he..

mana yang tak pernah masuk jalan sri damansara dok pucat muka. yelah... takut mana pulak driver bas ni nak bawak kan? cik Siti buar dek je sebab cik Siti tahu jalan tu. Tu dia.... dia kuar kat kompleks desa kepong... mana yang pucat muka nak benti kat kepong sentral tersenyum puas....

nasib baik le cik Siti sampai sebelum kul 830 pagi. kalau tidak dalam sejarah punch kad cik Siti merah.... thank antie sebab bawak bas memang brutal dan pilih jalan lain yang lebih berisiko. bukan apa, buatnya jam juga ha....ha...ha.. tak ada harapanlah cik Siti nak sampai awal....


Sedih......

Teratak pena | Saturday, July 17, 2010 | Be the first to comment!

entah kenapa hati Cik Siti sedih sangat. ada masa hati Cik Siti geram, marah, nak nangis pun ada. semuanya kalau di gaul sebati boleh jadi meletup. tapi cik Siti buat masa sekarang ni boleh sabar je. sebab Cik Siti tahu setiap kesabaran itu ada hikmahnye. Cik Siti bukannlah nak membuka pekung di dada tetapi cik Siti cuba nak meluahkan perasaan cik Siti yang sekarang ni macam tunggang-langgang. namun cik Siti tahu kesabaran itu ada hadnye. tapi cik Siti ni jenis malas nak ambil tahu walhal cik Siti yang menjadi mangsa. Tak apalah.... cik Siti selalu je mengalah. tapi bila kita selalu mengalah orang ambil kesempatan atas kite. buk! tepat kena kat muka cik Siti.

cik Siti bukanlah jenis yang suka mengadu. cik Siti buat hal cik Siti dan yang apa cik Siti buat selama ini ada yang menghargai dan memandang. segala apa yang terjadi pada cik Siti semuanya cik Siti ambil sebagai pengaran dan cik Siti belajar dari apa yang telah 'dia' lakukan. cik Siti tahu, setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini tidak lari dengan kesilapan walau pun kite rasa begitu sempurna dan berhati-hati. dan bila kite merasa yang kite begitu sempurna sebenarnya kite banyak kekurangan.

cik Siti pegang satu. cik Siti terima apa yang berlaku dan cik Siti akan belajar dan terus belajar. belajar cara bagaimana untuk tidak ambil peduli dengan orang buat hal dengan cik Siti.....

Cik Siti tengah sedih ni.....hu...hu....hu.... rasa cam nak gi jenjalan je nak releasekan tension ni.....

Cik Siti Dan Wayang

Teratak pena | Tuesday, July 13, 2010 | 1 Comments
okeyle... en3 kali ni cik Siti nak citekan sikit pasal cik Siti dengan wayang. cik Siti kenal panggung wayang pada umur 23 tahu... kelaka kan? itu pun adik Cik Siti (angah) aka Cik Izah
yang ajak... jom... dia kata. akhirnya termakan pujuk rayu akhirnya cik Siti pun masukle panggung wayang dengan baju kurung. First filem yang cik Siti tengok adalah AntiTrust. walau pun agak nak fahamkan citenye cik Siti begitu excited....

pastu.. bila dah masuk panggung rasa cam nak tengok wayang lagi. al-maklumle jadi kakak mithali.... ajak le adik-adik tengok cite PRINCESS DIARIES yang cik Siti tengok sampai dua kali... faham-faham jelah kalau anak dara yang tengok.... comedy romantik lak tu...

Masa anak dara cik Siti banyak belanja adik-adik tengok wayang... yang paling tak ingat LORD OF THE RING-THE FELLOWSHIP.... walau pun cite ni panjang tapi cik Siti x puas nak tengok. kena lak publisiti cite ni meletop gitu.... walau bagaimana pun biasanya bila cik Siti habis tengok wayang tempat yang cik Siti selalu lepak kat PIZZA HUT.


Cite SHALLOW HALL ni cik Siti tengok dengan hubby cik Siti. mase tengah ehem..ehem... tengah tunang le... itu pun cik Siti dapat tiket Free sebab menang dalam peraduan majalah... he...he... macam terasa lak tengok cite ni sebab cik Siti orangnye 'sihat' yang hubby cik Siti orangnye kurus tinggi... tapi tak pe... cite ni menghiburkan


Ha.... cite KL MENJERIT ni pun cik Siti tengok dengan hubby cik Siti... masa tunang juge. tp yang ni dia yang belanja. pas tengok cite tu sempat juga dia berlagak. sebab apa? spcesis motor dia masuk dalam cite tu... tahulah masa tu dia pakai Moto TZM.




LORD OF THE RING-THE TWO TOWER cite ni Cik Siti tengok dengan adik-adik cik Siti. banyak siri LORD OF THE RING yang inilah yang paling cik Siti suka sekali sebab dia banyak advanture...... yang best si Legolas yang paling ensem.....




Filem SWAT cik Siti tengok midnight. mase tu baru je seminggu kawen... he... he... masa tu mak mentua dah tak larang nak kuar malam. sbb itun brani tengok midnight nye cite. cite ni pun banyak aksi. best tu.....




TLOTR yang ke 3 ni cik Siti tengok masa cik Siti mengandungkan anak cik Siti si abang. cite sedap, tp yang tak sedapnye seat Cik Siti tul-tul depan skrin. sakit mata da sakit tengkuk....


Setelah anak 2 cik Siti teruskan juga tengok cite kat wayang. tp idak le bawa anak. yang ini cik Siti tengok bertiga. NATIONAL TREASURE 2 cik Siti Tengok dengan hubby dan adik cik Siti yang bosngsu... pe hal pun yang 1 lebih sedap rasanye.....



Cite CLASH OF TITAN ni hubby cik Siti yang belanja... dia ajak cik Siti ikut je.....





PRINCE OF PERSIA-filem penuh aksi dah diselitkan komedi..... best sangat




Ini filem yang latest yang cik Siti tengok. kelaka gila..... tak sia-sia cik Siti tengok cite ni.... penuh aksi dah komedi. dari awal hingga akhir asyik dok gelak je....
ok le..... itu saje le wayang yang cik Siti dah masuk ke dalam panggung. rasenya kalau yang si kecik tu dah besau ckit nak juga ajak anak-anak tengok kartun.... nantilah.... ada rezeki insyaallah......


MINTA MAAF.....

Teratak pena | Sunday, July 11, 2010 | Be the first to comment!
Fist sekali Cik Siti nak minta maaf sebab dah lama x updated blog cik Siti ni. al-maklumlah... BZ semacam. lagi pun lappy cik Siti buat hal... semua yang cik Siti save semua dalam tu. la ni terpaksa le korbankan CQ 20 cik Siti... ingat malas nak guna utk internet... tapi leh buat dah terpaksa... nanti kalau ada rezeki cik Siti updated ye....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page