Wanita dan Rokok

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, November 29, 2010 | 4 Comments so far

Bila kite cerita tentang rokok terus kita terfikirkan akan lelaki. lelaki sinonim dikaitkan dengan rokok. namun apa akan terjadi untuk zaman kini wanita pula yang bertindak berani dengan berjinak-jinak dengan rokok.

Cik Siti bukan apa, peristiwa ni Cik Siti lihat dengan mata sendiri. semasa balik kerja, Cik Siti singgah di gerai brother Burger Ramly sebab teringin nak makan burger. kemudian, parking sebuah kereta yang pada Cik Siti memang orang ini orang berada sebab keretanya mencecah ratusan ribu. dalam tu Cik Siti lihat ada baby. nampak cam samar sebab waktu malam. Mesti comel baby tu...

kemudian keluar pemandunya untuk membeli makanan di gerai sebelah. Cik Siti perhatikan sahaja. kemudian si ibu keluar dan meninggalkan si bayi ni dalam kereta. Cik Siti fikir mungkin dia cuma ambil angin luar, namun yang Cik Siti terkejut melihatkan si ibu mengeluarkan kotak rokok. dan tanpa segan silu si ibu ini merokok dikhalayak ramai. tersentap Cik Siti sekejap.

Kemudian Cik Siti berfikir, sebab apa dan mengapakah si ibu ini merokok? si ayah pulang dari kedai dan seperti tiada apa berlaku sedangkan si ibu ini gah mengembuskan asap rokok. Cik Siti tak marah. Cuma Cik Siti sedih dan kesal. apakah dia tidak fikirkan anak kecil di dalam kereta itu? apakah sebab status dia berjinak dengan rokok? walau pun bukan urusan Cik Siti tapi Cik Siti rasa macam kecewa sangat.

Dan.... di suatu hari nanti bila sang anak sudah membesar adakah ini contoh teladan yang baik? Cik Siti yakin tidak.

Sesungguhnya Cik Siti berdoa dan terus memperingati diri sendiri agar tidak menjadi seperti mereka itu....

note:Merokok lebih banyak keburukannya dari kebaikan...
*Risau dengan anak gadis sekarang ini ada yang sudah berjinak dengan rokok...

Kontest dari SUARA BAWAH TANAH

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, November 25, 2010 | 2 Comments so far



Kali ni Cik Siti nak join kontest lak. kali ni dari SUARA BAWAH TANAH. kontest ni senang je. teka gambar. sronok juge ni.... okey le... kita tengok dulu syarat-syarat die...
-tarikh tutup penyertaan pada pukul 12:00 a.m 6 dec 2010

-harus menjadi follower S.B.T

-buat satu entry yang bertajuk 'Contest Meneka Gambar S.B.T' dan tulis jawapan yang anda fikir betul pada entry itu.

-copy banner ke entry dan sidebar

-tinggalkan link yang mempunyai jawapan pada kotak komen dibawah

-peserta hanya dibenarkan memberi satu jawapan sahaja

-hanya seorang peserta yang memberikan jawapan paling tepat akan dipilih sebagai pemenang.

-sekiranya pemenang lebih dari seorang,pemenang akan ditentukan
oleh pihak penganjur dengan cara cabutan undi

-keputusan penuh akan diberi tahu melalui 1 entry khas selepas
tarikh tutup penyertaan.

Gambar yang telah diberi oleh SBT adalah:



Jawapan dari Cik Siti adalah: PAPPER CLIP

GA Teka & Menang Ibu3A

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, November 25, 2010 | 4 Comments so far



Okey.... kali ni Cik Siti nak join GA dari KAK YONG. GA ni senang je.... cuma teka berapa duit syiling yang tertayang. tu je.... KAK YONG beri peluang 2 kali untuk berikan jawapan... siapa yang tepat@hampir dikira pemenang...

okey.... ini jawapan CIK SITI:

RM 73.08
RM 69.13

he...he....main taram je ni....

Salam Aidiladha

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, November 16, 2010 | 2 Comments so far


Kepada Semua Umat Islam:
Selamat Hari Raya Aidiladha....

Semoga segala pengorbanan kita selama ini diredhai oleh Allah...

Kepada Semua:
1)Keluarga dan saudara-mara
2)Sahabat handai
3)Rakan blogger
4)Sesiapa yang mengenali diri ini
5)Semua umat islam....

Sekai lagi Selamat Hari Raya.....

Tak Semua Blogger Suka Dengan Kita

Siti Norshimah Md Yasan | Saturday, November 13, 2010 | 6 Comments so far
Selagi bernama manusia.... hati dan perasaan memang kita tak boleh jangka...pernahkah terfikir akan kita tidak boleh memuaskan hati setiap manusia.... Namun walau pun ada yang tidak suka dengan kita itu tidak bermakna kita ni jahat, kan? sedih-sedih pun leh lawak lagi....



walau apa yang terjadi dan apa pandangan orang Cik Siti tidak akan putus asa... dan tidak akan berganjak dari dunia blog ini... dan Cik Siti anggap semua itu CHAAAALLLLEEEGE................. Cik Siti! CHAIYOK!


Gambar ehsan dari google

Cik Siti tengah BLURRRRR.... Nak release tensen jap... masa nak BW

Kene tag dengan Adik sendiri

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, November 10, 2010 | 5 Comments so far
Waaa.......... ribut tak de angin tak de cik Siti kena tag dengan adik sendiri... hey Cik Izah ni... nasib baik le dok jenjalan kat blog dia... bukan tak nak buat sumpah cik Siti tak tahu... saje kan????

Bukan satu... tapi 2 tag kene jawab... okey pepehal layan dulu tag yang pertama:

TAG 1 : We are Friends rite ?

1)Kamu kawan saya, kan?
Ermmmm memang kawan pun... bukan setakat kawan jer...(hish! ingat lak masa anak dara tengok wayang sama-sama)- dialah yang ajar Cik Siti tengok wayang

2)y kamu mahu jadi kawan saya?
sebab kite sesama pompuan.... blh kongsi rahsia dan cerita....

3. give me 5 reason y u supposed to be gud blogger
ini yang best...
a)sebab tempat nak luahkan perasaan
b)tempat Cik Siti simpan kenangan
c)sebab cik Siti suka menulis
d)nak cari kawan
e)isi masa lapang...

nak tag pada:
Cik Anita
Cik Shiemah

Okey... tag yang ke2 ni panjang ckit... nak kene study tol-tol...

TAG 2 : MENCARI IDENTITI YANG HILANG !
"once you have tagged, you are supposed to write a note 25 random, facts, habit, or goal about you? at the end, choose 25 people to be tagged, you have to tagged a person who tagged you...if i tag you, its because i want to know about you"

okey.... ini dia yang telah cik Siti listkan

1)Name Cik Siti...Siti norshimah md yasan
2)dah kawennnn.... (siapa nak ngorat jangan mimpi ye...)
3)diam tak diam anak dah 3... nak tambah satu lagi? nanti dulu ye..
4)Cik Siti kawen pilihan keluarga.... bukan kerana suka sama suka(ingat masa kecik Cik Siti suka gadoh ngan dia)
5)adik beradik 3 orang...semua pompuan
6)Adik beradik hubby 3 juge... sume lelaki...hehehehe
7)Cik Siti sekolah sampai tingkatan 6 jer... sob..sob...sob...
8)Cik Siti anak yatim... ayah dah lama meninggal... masa Cik Siti umur 17 tahun.
9)umur skg 33 baru sambut 6/11 ari tu....
10)dulu masa sekolah rendah cita-cita nak jadi wartawan, cikgu atau kerani...
11)last-last jadi kerani... kat TM (korang mesti tau...)
12)Cik Siti teringin nak gi langkawi... last pergi masa arwah ayah ada lagi.. itulah first time gi
13)Cik Siti suka menulis.....
14)pernah terbitkan Novel bertajuk 'Masihkah ada kasih' tapi sampai sekarang tak de rezeki(tak dapat royalti)-huhuhu tak laku kot?
15)Cik Siti sekolah semua dalam negeri johor.... Tadika, rendah menengah dan tingkatan 6
16)Tapi Cik Siti lahir kat melaka....
17)Hari pertama sekolah darjah satu nenek hantar... hehehe...
18)selalu kene buli dengan pak dare masa kecik.... my hubby to....
19)Cik Siti masuk panggung wayang masa umur Cik Siti 24 tahun... kuno tol...
20) ramai pelanggan Cik Siti kata Cik Siti ni keturunan cine ke? wal hal diorang tengok anak Cik Siti jer
21)Cik Siti teringin nak beli rumah.... rumah teres kalau ada rezeki
22)Cik Siti nak terbitkan novel lagi....tgh kumpulkan semangat
23)Masih fobia bawa kereta lepas kemalangan mase nak anta anak( Bukan salah Cik Siti. orang langgar belakang masa cik Siti nak masuk simpang)
24)Cik Siti suka sangat makan pedas.... kalau tak de pedas tak leh idup
25)Cik Siti sayang semue.... family....sedare....kawan-kawan.....muaks

FUH! selesai akhirnya.....
yang ini Cik Siti tag pada semua follower Cik Siti.... jawab jangan tak jawab ye...

Chocolate Giveaway dari dnialicious

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, November 10, 2010 | 3 Comments so far
Okey... kali ni Cik Siti nak cuba nasib untuk GA dari dnialicious. Jenjalan blog cik dnialicious memang seronok... blog comel dengan coklat yang memang meriah... yummy...



okey ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi...

1)Jadi Follower...
-done sudah jadi follower ke 84

2)Wat 1 post untuk GA ni...
he...he...he... kalau tidak kerana coklat, tidaklah hamba ternanti-nanti... kerana coklat hidup ini tiada bererti... dengan coklat dunia ini kian berseri dan senyuman ini jelas terukir dengan kenikmatan yang tersendiri...

*ringkas je.... boleh ye

3)Linkkan blog dnialicious
okey... done.... sesiapa yang nak join jom terjah link ini
http://dnialicious.blogspot.com/2010/11/dnialicious-giveaway.html


Okey... Cik Siti semoga berjaya.....

Pernahkan Anda Jadi Orang Tengah

Siti Norshimah Md Yasan | Saturday, November 06, 2010 | 8 Comments so far

He...he...he... sapa pernah jadi orang tengah angkat tangan. biasanya jadi orang tengah masa member kita tengah bling-bling cinta dia... mulalah nak minta tolong berikan surat atau kirim salam.

Dulu (dulu lagi) udah nama blog ni bayu kenangan... jangan mare ye...

dulu masa sekolah menengah ada le member cik Siti yang tengah mabuk kepayang. nak ngorat anak dara orang katakan... nak tahu apa tugas utama Cik Siti? he...he...he... tugas Cik Siti adalah karang surat. Bukan sorang tapi 2 orang yang minta tolong. kata dia orang Cik Siti ni pandai jiwang-jiwang dan berpantun walhal Cik Siti tidaklah pandai main cinta. dah namanya lelaki... diaorang tak tahu nak berjiwang ni. he...he...he...

pastu Cik Siti angkat tangan. Copy right boleh tak? lagi pun bukannya berikan pada awek yang sama.... akhirnya dua-dua dok depan meja Cik Siti tunggu sampai Cik Siti habis tulis surat. Tak pe... janji mee goreng Cik Siti santap.

Bukan tu je.... dah habis keje tu nak kene gi hantar le pulak... ha..ha...ha... dapat kerja tak bertauliah... posmen tak bergaji... tak tahu sampai mana diorang punya cintan-cintun... sebab pastu cik Siti dah pindah kelas. ala... biasalah cinta monyet. tak tahulah kalau cinta monyet dia orang tu sampai ke jinjang pelamin.

Kenangan dulu-dulu....

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, November 03, 2010 | 6 Comments so far
okey.... nampaknya dah lama Cik Siti tak updated blog kiut Cik Siti ni. al-maklumlah bz woman katakan. FB, tinta pena dan bayu kenangan semua nak kena updated. itu pun Cik Siti dah lama tak updated blog opis Cik Siti.... tak larat rasanye. kali ni cite sal dulu-dulu... zaman kanak-kanak ribena yg tak boleh dilupakan.

rasa-rasanye siapa yang sebaya dengan cik Siti mesti tahu dengan permainan dulu-dulu yang tidak pernah guna material. kalau ada pun yang murah punya. tak macam sekarang, anak-anak gah dengan PSP, GAMEBOy, PS1, PS2 semuanya perlukan fulus... mungkin sebab kawasan yang terhad.

dulu-dulu... Cik Siti dengan pak dare semuanya sebaya... permainan yang paling best adalah... main getah, nyorok-nyorok, konda-kondi, galah panjang,teng teng baling selipar dan juga kejar-kejar. He...he...he...

seronok juga bila ingatkan semula. Cik Siti dulu-dulu memang anti dengan hubby cik Siti. yelah.... dia tinggi, langkah pun panjang. Yang Cik Siti ni tak cukup ketinggian, montel lak tu...so... senang cite asyik Cik Siti je yang jadi... last-last cik Siti kuarkan senjata Cik Siti... (Nangis le apa lagik) tau takut dia. Cik Siti memang cuak kalau main kejar-kejar atau galah panjang dengan dia. Asyik Cik Siti je yang jadi. yang paling cik Siti suka main teng-teng. sebab dia memang tak kacau. sebab dia tak suka main teng-teng. Teng-tengkan permainan budak pompuan.

satu lagi permainan yang dia tak boleh nak join main pondok-pondok. la...la...la...la... kalau join mesti kene ejek kan? ha...ha...ha... padan muka dia. tapi dia ni memang jenis yang tak puas hati... masa main kejar-kejar atau baling selipar dia balas dendam kaw-kawnye...

itulah permainan yang selalu Cik Siti main dulu-dulu... rasanye nak kembali pada zaman kanak-kanak yang ceria sentiasa...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page