Kena tahan dengan Pak Guard

Teratak pena | Saturday, October 09, 2010 |
Okey le en3 kali ni Cik siti nak citekan cam ne Cik Siti kena tahan dengan Pak Guard kat JUsCo ..... Cite bermula cam ni. Biasale ari jumaat rehat memang 2 jam dan mase tu le nak cuci mata atau nak makan yang best sikit. Jadi Cik Siti gi le sensorang kat Jusco tu. Tapau le Mee wantan marbeles kat chiken rice shop. Bila kuar dari Jusco tu Cik Siti pun terfikir... kalau ada cili api ni mesti lagi meletop makan dengan mee wantan.

Jadi Cik siti pun masuk le dalam Jusco tu balik dan beli cili api. bukan banyak barang pun beli. cuma cili api. bila cik Siti nak kuar balik nampak ada Pak Guard dengan muka garang dekat dengan Cik Siti.

"Cik, tolong berenti sekejap." Wa la weh.... apa ni? muka Cik Siti dah cuak. Apa hal lak ni? ada undang-undang baru ke dah kuar tak leh masuk balik? rase-rasenya muka Cik Siti dah pucat. lak tu dia bawa buku kat tangan. Tolong.... Cik Siti tak salah. Cik Siti beli cili api je.

"Sekejap cik." Pak guard tu tahan. Cik Siti berenti.

"Saya nak tanya cik ni." Pulak dah... Bak Buk Bak Buk ati cik Siti ni dah macam orang lontar bola kat dinding(perumpamaan je... tapi site effect tak leh nak buat)

"Cik, pelanggan ramai tanya saya. ni, cik keje dengan TMpoint kan?" Cik Siti angguk.

"TMpoint tu kat mana ye. ramai pelanggan tanya." Bam! Fuh! buat terkejut je pak Guard ni.

"O... tmpoint. depan je tu bang. seberang jalan tu TMpoint le." Pak guard tu angguk.

"O... patutle tak nampak. ada pokok rupanya. okeylah cik. maaf ye. terima kasih banyak-banyak." Time tu barulah cik Siti boleh senyum sampai ke telinga. Nasib baik... ingatkan kite je yang tanya guard, mana toilet, mana kaunter information tapi pun guard manusia biasa. dia tanya kita balik. He...he... bila ingat balik kelakar lak. mahu tidak. pak Guard tu tak senyum. dia buat muka garang. cam ne le Cik Siti tak cuak.

Kenangan......

No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page