EN3 KHAS: AWARD BUAT SEMUA

Siti Norshimah Md Yasan | Sunday, June 06, 2010 | Be the first to comment!
INI ADALAH STICKY POST
sehingga 6 JUN 2010





okeylah en3 ni lebih spesel dari yang lain. sebab apa? kali ini Cik Siti nak bagi award kpd semua yang sudi menjadi teman dan yang sudi jenguk ke blog cik Siti yang tak seberapa ni. Cik Siti berikan award ni hasil dari follower cik Siti di Teratak Pena yang sudah pun mencecah ke angka 100. terima kasih buat semua yang sudi menjadi teman Cik Siti.... so kepada Follower dan insan yang sudi jenguk cik Siti sudi-sudikan ambil awar ni ye.....

jangan malu dan jangan segan.... ikhlas dari CIK SITI BUAT semua.....

sila scroll ke bawah untuk en3 yang terbaru....

layouts myspace



mohon......bantuan

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, June 02, 2010 | 3 Comments so far
Halo..... salam alam maya....

kali ini en3 Cik siti lain le ckit. sebab apa, cik Siti nak minta tolong le sesangat kalau boleh bagi komen dengan cebisan coretan novel yang baru je cik Siti buat. hajat tinggi nak masuk peraduan PTS untuk novel humor... tapi cik Siti ni tak tahule ada humornye ke tidak. tolong ye..


BAB1
Julia mengelap meja sambil memandang ke arah ibunya yang sedang sibuk menggoreng nasi. Sesekali dia menghempas pinggan di atas meja. Saja mencari protes. Wajah ayu miliknya kini mula bertukar. Masam seperti cuka getah. Julia duduk apabila tindakannya tidak memberi reaksi dari ibunya.

“Mak…” Akhirnya Julia mengalah. Dia merengek seperti inginkan anak patung. Anak patung? Huh, mana glamer nak main anak patung waktu usia menginjak ke 22 tahun ni. Senyap. Kali ini Julia menghempas pinggan plastik dengan lebih kuat. Nasib baik tiada pelanggan waktu ini. Kalau tidak, hilang seri wajah pelaris ni.

“Kamu jangan nak mengada. Julia. Apa kurangnya kau dekat sini? Sama saja.” Ujar Halimah sambil menatang nasi goreng kampung untuk dinikmatinya.

“Tapi mak…. Julia nak rasa bekerja dengan orang lain.”

“Kalau kamu tu nak kerja pejabat ke, kerja kilang ke molek le juga. Ini nak kerja kat Café? Sama je nama tu. Baik kamu tolong mak ni ada juga faedahnya.” Halimah membantah. Dia kembali ke belakang untuk membuat air. Sesekali minum sirap limau waktu panas begini sedap juga.

“Kerja dengan mak tak ada tolak KWSP. Kerja lebih masa pun kena sekat. Mana nak untung.” Julia menarik kerusi dan melabuhkan punggung di hadapan ibunya.

“Habis duit kamu beli motor tu bank mana kamu buat pinjaman? Kalau bukan Bank Cik Puan Halimah ni?” Julia tersengeh seperti kerang busuk. Dia menggarukan kepala yang tidak gatal.

“Ala…. Mak. Nanti kalau Julia dapat kerja kat café tu setiap bulan Julia bayar siap dengan bunganya sekali. Mak…. Bolehlah mak….” Renggek Julia. Dia cuma menjadi pemerhati ibunya yang sedang enak menjamu selera.

“Apa yang seronok sangat kamu nak kerja kat sana tu? Kedai makan juga namanya. Saja je orang putih letak nama café nak popular le katakan.” Halimah masih lagi menikmati hidangan walau pun mulutnya bising dengan bebelan.

“Julia dah masuk sekali dalam café tu. Memang seronok…. Bukan saja ada internet mak, kalau sesiapa yang nak membaca pun boleh juga. Siap dengan pakaian seragam sekali.” Halimah terhenti. Dia memandang ke arah Julia.

“Kamu ulang sekali lagi? Dia orang tu ada apa?”

“Internet, mak.”

“O…. internet ye…. Nanti mak minta masukkan wi fi kat kedai kita ni. Ala…. Sekarang ni orang dah banyak pakai ala…. Apa nama tu…. Broadband? Ha……” Wah! Mak ni mengikuti betul perkembangan semasa….

“Ha… apa lagi yang dia orang ada?”

“Buku dengan pakaian seragam.” Jawab Julia perlahan. Dia tahu setiap apa butir kata yang dileparkan, ibunya sudah tentu ada jawapan.

“Novel kamu yang ada kat rumah tu melambak. Yang tak buka plastik pun ada. Kamu bawa sini letak atas meja. Bacalah siapa yang nak baca pun. Ini, satu lagi rasanya baju kendarat yang mak bagi pada kamu tu belum dipakaikan lagi. Apa kata kita buat baju jadi baju seragam?”

“Mak ni… tak naklah. Nanti Mak Temah dengan Mak Ecah datang malulah Julia nanti.”.......

okey?.... Cik Siti tunggu......



a href="http://www.bigoo.ws/Images">layouts myspace


 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page