Teratak pena | Wednesday, May 19, 2010 |
dah lama betul cik Siti x updated blog cik Siti yang kiut-miut. bukan tak nak dan tak sudi cuma... kepala ni dah macam hilang punca lak nak tulis apa. walhal macam-macam yang boleh cik Siti updatedkan.

okeylah berbalik pada cite asal... yang sebenaunya en3 ni more pada luahan perasaan kot? tp yang pasti cik Siti bukan perasan ye... ada orang lain yang lebih perasan. kalau perasan cantik tu cik Siti idakle kisah. ini perasan bijak pandai dan terlebih riak. (riak ke?) ah, korang saja yang boleh menilainya.

ari tu cik Siti dapat tahu sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada hamba allah ini yang bangga mencanang satu kampung nak menjual yang pada cik Siti sebagai harta pusaka. dicanangkan satu kampung sampai lupa pada sedare mare yang kata orang batuk pun boleh dengau.

dengan bangganya dia ingin menjual hak yang pada cik Siti bukan hasil titik peluhnya. apa salahnya dibincangkan sesama keluarga dari harta itu jatuh ketangan orang asing.... Cik Siti tak faham mengapa harus dipajakkan harta pusaka? rasanya bukanlah miskin sangat sampai nak mengadaikan harta tu. bak kata cik Siti minum bercawan makan berpinggan-pinggan. mewah tu... kalau ada masalah sekalipun bincanglah...

ermmmm cik Siti mengeluh bila mendengarkan berita tu... tak sayang ke dia? bila cik Siti kenangkan marah hari tu masih tak hilang timbul pulak rasa marah yang baru... macam manalah cik Siti tak kena darah tinggi. tak terpikir ke dia yang mana tahu anak-cucu nak menumpang tuah harta pusaka tu? kalau sudah tiada dalam tangan kemana nak dibawa pergi badan tu kalau anak-anak sudah tidak terima lagi? nak pergi ke rumah orang-orang tua? kadang-kala cik Siti bersyukur dengan keadaan cik Siti sekarang ini. memang cik Siti tak ada pelajaran tinggi. tapi cik Siti hidup dengan bahagia. walau pun jagi tak dela sampai 2-3 ribu cik Siti memanjatkan kesyukuran yang cik Siti boleh berfikir.

apa gunanya perjalaran tinggi kalau tidak boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. dan bila akal dan nafsu beraja di hati mulalah iman hilang sendiri. tiada gunanya menyesal di kemudian hari dengan apa yang telah kita lakukan hari ini.

dalam geram cik Siti cik Siti kesian juga. yelah macam yang cik Siti katakan tadi... andainya tiada apa yang ada pada kita, dan anak tidak mengaku kita kemana lagi untuk kita melangkah kaki? kalau tidak pada harta pusaka kita itulah tempat untuk kita berlindung. jika tiada rumah orang tua pula yang memanggil. dan pada ketika itu jangan salahkan anak jika tidak mahu menjaga kita. itulah... jangan kita diibaratkan yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran....

renung-renungkanlah....

layouts myspace

3 comments:

  1. pesanan untuk manusia tamak tu:
    "pegi mampos la ko!"

    **huhuhu..leh kene banned ke ckp gitu?**

    ReplyDelete
  2. ala.... bukannya orang tau... bukan kite letak nama sesape...

    ReplyDelete
  3. ala.... bukannya orang tau... bukan kite letak nama sesape...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page