Membebellllll.....

Teratak pena | Friday, September 11, 2009 |


Monyet tertelan si biji kuini,


anak kera telan biji saga,


Trademark orang itu dan ini,


tapi aku pilih pantun juga....




Yang sebenarnya tak tahu nak updated apa kat cni. rasa macam nak ceritakan pasal aktiviti aku masa sekolah dulu, aku sebenonya dari darjah lima lagi dan start masuk pertandingan sajak. Mungkin sebab aku menang, no satu itu membuatkan aku lebih semangat nak cuba lagi. aku masih ingat lagi sajak pertama yang aku delamasikan dan sajak itulah yang membuatkan aku bangga. yelah.... budak senior pun boleh kalah(bebebudak darjah 6).


Bila masuk sekolah menengah, aktiviti mereka lagi meriah. pertandingan sajak, pantun, syarahan, pidato, semuanya aku masuk. kalah memang itu tak jadi masalah. tapi yang sebenarnya aku suka nak masuk semua pertandingan tu. tiga tahun pertama tu tak adalah terserlah sangat. sebab aku masuk pun dapatlah no 4 ke, no 5 ke, paling kuat pun no 3.


Bila aku melangkah masuk ke tingkatan 4, adalah seorang kakak ni menghasut aku supaya masuk pertandingan pantun. bila dah wakil kelas tu, tahu-tahu jelah. kita ni kelas chokia punya. walau pun ambil sastera, tapi sains kantol. ***eh, ada kena-mengena ke?***

dan apa yang tak sangka aku terpilih pula wakil sekolah di pertandingan pantun peringkat daerah. Bila dah masuk lawan dengan sekolah lain, mulalah kepala lutut tu menggeletar. Tapi masa tu, jadi pemain simpanan jerrrrrrr. Ceh!


dalam tingkatan 4lah aku mengorak langkah lebih jauh lagi. Pertandingan sajak dan perbahasan pun aku ada ambil bahagian dalam peringkat daerah. tapi... mungkin tiada rezeki agaknya, namun itu tidak mematahkan semangat. aku masuk pun suke-suke je. lagi pun cikgu yang suruh.


Lagi satu.....


****close your eyes I have something 4 u****
mase nilah aku mula berkarya. bukan tulis surat cinta tau! tapi sajak dan cerpen. Cerpen pertama yang aku tulis adalah NILAI PERSAHABATAN. masuk dalam majalah sekolah tu. sajak aku juga ada tersiar sehinggakan aku nak melonjak mase tu. Cikgu Jais, guru kelas, merangkap guru bahasa melayu kata bagus cerita yang awak sampaikan. Ceh! kembang kempis hidung mak ni.
mase nilah ada senior aku yang aku panggil kakak telah memberi satu semangat untuk aku terus berkarya. dia berpesan dengan aku bahawa aku mempunyai bakat dan rugi kalau tidak digilap. malah dia juga berkata yang aku akan menjadi seorang novelis satu hari nanti. Entahlah. mase tu tak ada pulak fikir yang lain.

masuk ke tingkatan 5 aku lebih agresif. semua pertandingan aku masuk. mase inilah aku memang gila dengan sastera. sampaikan satu mase aku dah macam jadi ayam tambatan. Pertandingan sajak aku bolot. pantun aku bolot. pas tu yang paling bangga aku dapat no 3 dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Bangga ke? bangga le walau pun tak dapat no 1 atau 2. mase ni juga aku aktif dengan penulis. cerpen kedua aku, KERANA PINANG SEBATANG membuatkan aku berpuas hati dengan karya yang telah hasilkan. sebab apa, sebab cikgu kata aku berfikiran jauh untuk menghasilkan cerpen itu.
walau bagaimana pun yang sebenarnya ramai yang memberi sokongan untuk aku terus berkarya. dan orang pertama yang menyedari akan kelebihan aku ni, senior aku yang sampai sekarang masih segar dalam ingatan.
Dan novel pertama yang telah published oleh rhytm, MASIHKAH ADA KASIH itulah novel sulung aku yang telah membuatkan aku bangga. he....he.... ape ke bendelah aku membebel ni.???????????





1 comment:

  1. erm... tak tau nak komen ape...
    ape yg aku tau ko memang berbakat dalam penulisan, tak macam aku yg malas nk pikir nih..huhuhu...
    eh..maybe ko leh jengah blog kawan aku..die ni pon penulis novel gak...
    http://cancer-cinderella81.blogspot.com/

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page