kereta hilang?

Teratak pena | Wednesday, August 19, 2009 |
Utk post kali ni aku nak ceritakan bagaimana detik cemas suami aku yang mendakwa keretanya hilang. cerita ni berlaku hari sabtu dua minggu yang lepas. mase tu time dia nak ambik aku kerja. entah kenapa hari tu dia punya baik hati bawak anak aku si Firdaus dengan Syasya ke Jusco untuk bermain. dia call aku dalam pukul 230 dan aku pun jumpalah kat sana. habis tu bila dah beli barang dua tiga jenis, dia pun pergilah bayar parking kereta. naik lift sampai tingkat tiga aku pun ikut dia dari belakang. bila puas dia tekan alarm dia macam cari sesuatu. tersentap aku bila dia kata kereta hilang. aku tanya betul ke parking kat sini? aku temgok muka dia dah berubah. nak nangis pun ada. aku suruh dia cari betul-betul. aku dengan anak aku dah duduk tepi. si Firdaus tu dah faham, apa lagi? soalan maut dia tanya kat aku. kete hilang nak naik apa bu? aku pun risau juga. tapi bila kenangkan anak, aku tenang. aku pun jawablah. kalau tak ada rezeki kita balik naik teksilah.

laki aku dah tak tahu nak buat apa, dia ajak aku pergi report polis. aku kata jangan dulu. cari betul-betul atau pun minta pak guard tolong carikan. kesian pulak aku tengok dia dengan muka yang pucat lesi. dari handsome terus jadi tak handsome. tak lama dia mencari tu, dia datang kat aku dia tanya, 'Imah, ni tingkat berapa?' bila dia tanya macam tu, aku pasti langit tak selalu mendung.

'tingkat 3 kenapa?' dia teus tarik tangan aku dan bila sampai dalam lift dia beritahu yang dia parking kereta kat tingkat 2. cis! apa lagi, membebellah aku. itulah, parking kat lain, cari kat tempat lain. nasib baik tak report polis. kalau tidak dapat maki free je nanti. aku beritahu, penat je pihak jusco tu buat nombor setiap tiang. supaya ingat bila parking. dah sah! parking kereta tak tengok nombor tiang. dia tahu salah sendiri dia senyap bila aku membebel..... he...he... tapi aku sebenarnya cuak juga. bukan senang nak beli kereta. PERSONA pulak tu.

2 comments:

  1. Huahuahua...

    Lawak btul le abg aris ni...cam x pnh bwk kete lak...huhuhu...

    Fir pon pndai bg soklan...mmg bijak budak tu...huhuhu

    ReplyDelete
  2. huhuhu...aku penah melalui saat getir ni..bajet kete dh ilang mid valley...sorang2 lak tu..mcm org glr cari kete...catat no tiang..tp lupa tiang parking warne ape..pendek kate klu parking kete snap gmbr tiang parking...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page