karya dan aku......

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, July 31, 2009 | 1 Comments
semalam (30 julai 2009) aku pergi jenguk dalam post box kalau ada surat. bila tengok envelope dari Dewan Bahasa dan Pustaka aku dok pikir balik. bila rasa cam keras je aku dah agak mesti majalah. bila aku buka buku Tunas Cipta yang aku pegang macam pernah aku dengar. bila aku selak, aku tengok macam aku pernah tengok sajak ni. Weiiiii..... sajak aku masuk dalam majalah DBP. Bayu Kenangan, PJ selangor. berkali-kali aku baca sajak tu. yang pasti aku bangga sebab DBP tu...... salah satu pusat bahasa yang terkenal kat Malaysia. yang pasti apa yang aku dapat semalam adalah salah satu kepuasan dan ini membuatkan aku rasa cam nak terus berkarya.

aku memang minat dengan bidang penulisan ni. sesungguhnya dia memberikan aku kepuasan.

yang pasti nanti aku akan ceritakan tentang novel pertama aku lak ye. dah published tapi royalti la ni masih tak dapat lagi..... sedih, kan.
Jom layan sajak yang aku antar ari tu......

KEMENANGAN

Kemenangan
Bukannya terletak dari kekuatan
Namun terletaknya dari akal fikiran
Kebijaksanaan
Bukannya terletak dari akal fikiran
Namun terletaknya dari minda yang sempurna
Kesungguhan
Bukannya terletak dari minda yang sempurna
Namun terletak dari hati dan naluri
Kesabaran
Bukannya terletak dari hati dan naluri
Namun terletaknya dari keimanan yang hakiki

Dan untuk mencapai hanya sebutir kemenangan
Keimanan walau seluas lautan
Belum tentu akan dapat digapai
Walau pun hanya bias kemenangan yang dicapai
Bersyukurlah kerana ianya umpama kemenangan
Yang datang dari keikhlasan yang tiada tandingnya



*inilah sajak yang keluar dalam majalah tu*

isk isk bangga lak......

mc....mc......

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, July 28, 2009 | 1 Comments
so sorry coz dah lama tak updated blog ni. bukan apa, sekarang ni pun masih lagi tak sihat 100%. minggu lepas je aku MC dua hari. aku tak minta, tapi doktor yang bagi. dia kata takut aku bawa penyakit kat kawan. hu...hu.... satu minggu tu lah aku tak lalu nak makan. hidung tersumbat, batuk pun macam nak semput. pas tu pulak anak aku yang kecik pulak yang berjangkit. akhirnya aku dua beranak terbaring pada hari rabu tu(Mase tu aku ambik urgent leave) sebab anak tak sihat. aku naik kerja hari jumaat. la ni selesema aku masih lagi tak baik. sorry ye. bukan H1N1. aku kat temapt kerja pakai Mask tau.

putera-puteriku...

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, July 17, 2009 | 1 Comments
Untuk post kali ni kite nak kenalkan inilah putera dan puteri2 jantung hati kita. Yang sulung namanya MUHAMMAD FIRDAUS. kite panggil dia abang atau FIR. tapi yang bestnya bila kite panggil 'abang' kite dia pulak yang sahut. dia ni sensitif sikit walau pun lelaki. dia tak suka dengan keganasan. tapi bila dah sampai angin dia sakit juga bila dia pukul. lahir pada 5 mac 2004 dan seorang yang suka makan caam kite juga sebab tu muka dia pun cam kite.... yang bawah ni pulak anak kite yang nombor dua. Nama dia NUR SYAFIQAH panggil SYASYA. rupa cam lembut, tapi ganas. selalu buli abang dia. tempat kegemaran untuk lepaskan marah pada abang dia adalah rambut. sebab itu aku potong pendek rambut abang dia biar dia tak dapat tarik. suka melawa dan peramah. Lahir 26 mei 2006. muka ikut ayah, makan pun ikut ayah, serba-serbi ikut ayah. sebab tu dia ni kurus sikit.
yang kecik sekali NABILAH. panggil abby je. lahir pada 19 januari 2008. sekarang dah lasak. suke memanjat tapi.... dia manje sangat. sebab tinggal dengan kite..... buat sekarang ni ini saja buah hati kite. nak tambah? nantilah dulu.......




inilah buah hati kita yang bongsu..... masa ni gambar dia tahun lepas masa cukur jambul. yang pegang dia tu kira pangkat mak sedare... (merangkap sepupu hubby kite)

cerita pasal makan

Siti Norshimah Md Yasan | Tuesday, July 14, 2009 | 1 Comments
walau apa pun, semua makanan yang ada pada hari itu memang sedap sangat. itu yang aku dengar ceritalah. tapi..... aku cerita ni pun yang sebenarnya aku sendiri yang tak makan wa....wa.... tak pe.... nanti aku balik kampung aku nak pergi Alai makan ikan bakar. aku tak kira.... aku dah lama tak pekena jeli kelapa kat sana!!!!!! nasi beriani ni memang nampak sedap. yang hakikatnya ramai yang tambah sampai 5 pinggan. ianya nampak menarik dan sedap.
satay, merupakan hidangan yang paling utama dan menu ini akan dipesan setiap kali jamuan. ada satay ayam dan daging, tapi aku suka makan satay perut. sebab dia lembut.

okey, ini kek yang kita orang beli kat secret resepi. mak oiii..... sedap tak terkira. kek ni untuk yang menyambut hari lahir pada januari hingga mei. apa yang penting nama aku tak tersenarai langsung.






Makan, memang semua manusia perlukan makan. bila sebut pasal makan, setiap orang ada makanan yang dia suka dan tidak. bagi aku apa yang penting aku kenyang. ari tu, bukanlah satu hari atau satu minggu yang lepas tapi cerita yang aku nak kongsi kat semua adalah jamuan kat opis aku satu bulan yang lepas. okey, menu ari tu memang lazat tak terkira. jom kita layan gambar yang ada.

PENGORBANAN SEORANG IBU

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, July 08, 2009 | 1 Comments
untuk post kali ini, hati aku terdetik untuk bercerita tentang pengorbanan seorang ibu. aku merupakan anak sulung di dalam keluarga yang mana telah kehilangan seorang ayah pada 5 febuari 1994. mase tu aku dalam tingkatan 5. tahun SPM. adik aku kedua(Nahdatul Izah) mae tu tingkatan satu dan satu sekolah dengan aku. manakala yang bongsu(nurulshidah) dalam darjah 4.

selepas keputusan SPM yang tidak memberangsangkan aku mula fikir untuk bekerja. naka tolong mak. tapi aku ditentang keras. dia paksa aku belajar lagi. aku fikir, dengan gaji yang tidak sampai 1000.00 macam mana dia nak tampung aku belajar. sekolah swasta pulak tu. aku akur bila dia suruh aku ambil STPM. dua tahun aku berhempas pulas. beg sekolah aku tak pernah bertukar. apa lagi kasut sekolah. aku bernasib baik bersekolah swasta yang mana pemakaian kasut tidaklah ketat sangat. akhirnya, aku jumpa dengan kasut 'kungfu' arwah ayah aku. semakai(bahasa melayu kebetulan) muat dengan kaki aku. aku pakai bila satu-satunya kasut sekolah aku koyak. nak minta dengan mak aku. tak sampai hati.

pernah sekali aku bersama keluarga makan nasi putih dengan bawang besar. nak sedap, goreng dia ala-ala lembap. manis rasanya. tapi aku masa tu nak menitik air mata. selepas dua tahun dalam tingakatan 6 aku memperolehi 3p 2r. mak suruh aku sambung belajar. tak pun ambil maktab. dia kata keputusan aku bukannya teruk sangat. yang paling aku terkejut subjek sejarah yang masa tingkatan 5 aku dapat cangkul bila STPM aku score A dalam sejarah 2 dan 6. pelik.....

bila adik aku nombor dua berjaya ke matrikulasi, aku berfikir semula. aku tekad tak nak sekolah lagi. biarlah adik-adik yang berjaya. apa yang ada sekarang aku sudah cukup syukur. akhirnya pada tahun 2000 aku dapat kerja dengan Telekom. dalam masa yang sama aku dapatpanggilan maktab dalam ujian bertulis. mak kata pergilah cuba maktab. tapi mase tu aku dah tekad aku takkan berpaling lagi dan akhirnya aku memilih kerjaya. kini sudah 9 tahun aku bersama-sama dengan TM. aku tekad nak tolong mak aku. adik-adik aku lebih memerlukananya. dan kini mereka semua sudah berjaya. ijazah yang telah mereka terima membuatkan aku bangga walau pun aku hanya cukup dengan sijil STPM aku.

sering kali aku mengingatkan mereka dan rakan sekerja yang muda yang sudah kuanggap macam adik supaya taatlah dengan ayah, dengarlah kata ibu. insyaallah hidup kita diberkati. walau pun kita 'sesak' macam mana pun kalau ingat dengan ibu dan balas jasanya, doa ibu seiring dengan kita. dan rezeki kita tidak pernah putus.

isk.....isk...... sedih lak. aku bukan apa, aku tulis ni pun sebab bulan julai ni adalah hari jadi dia yang ke 51. jangan jeles mak aku dah ada 3 cucu tau! 23 julai adalah hari jadinya..... love you always........ day and day forever

layannnnn gambau kat PD ari tue

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, July 03, 2009 | 1 Comments



inilah ratu diva tmp kepong.......


inilah dia ratu lilin sedunia........








yang ini pulak gamba family jasni.....












inilah gambar aku dengan anak dan suami....

family day tmp kepong 4

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, July 02, 2009 | Be the first to comment!
malam tu, makan ala-ala thai sikit. is mungkin tengahari tadi tak belasah cukup-cukup lantas tak peduli apa yang buat dan apa orang kata dia terus menceduk dan malam tu dia makan sampai tak ingat dunia. hish!hish! badan je kecik. tapi....... makan..... ngalahkan who's rock the baby. malam tu juga penyampaian hamper dan juga hadiah bagi acara pagi tersebut. kenangan di PD memang tidak boleh dilupakan. walau pun aku tak aktif sangat sebab anak tak sihat tapi aku enjoy dengan bebudak ni. mad kata nak gi pantai timur lak lepas ni. so...... kita tungguuu.....
tengoklah wajah mad tu......

ini sewaktu mereka turun dari boat. semuanya basah tak ada yang terkecuali. walau bagaimanapun mad begitu gembira sebab sudah berliter-liter air laut dia telan. he...he...he...


selepas makan tengahari dan rehat di bilik, tibalah masanya aktiviti bebas pada petang tu. masing-masing tidak lepaskan peluang untuk menaiki banana boat. mase ni cuma Ana dgn kak ayu sahaja wanita yang naik pengangkutan ni. inilah lambaian terakhir kak ayu sebelum dia terkena dengan umpai-umpai sehingga sekarang ni kulit tangan yang gatal masih lagi tak baik-baik.



memang sudah kena selera poon, dia masih lagi makan padahal Mie dengan Fiq dah stop makan. yang pinggan banyak tu semua ah poon punya. memang betul agaknya kata-kata pujangga ditmp kepong ni, sesiapa yang sangkut di sini semuanya badan akan naik. tak tahulah itu adalah realiti atau fantasi. yang penting, jangan selubungi diri anda dengan misteri.....










tengahari tu, kita orang makan ala-ala cina gitu. mad dan is memadai dengan hanya satu pinggan. tapi mungkin mereka lapar air agaknya. sampaikan seorang mahu 2 gelas air. atau pun tekak is yang datang dari selatan tak kena dengan selera yang tak ada pedas langsung.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page